Wednesday, April 6, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 4

_______________________________________________________

Your’s POV

__________ tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada tugasan yang diberikan oleh Prof. Zubir. Perutnya sudah mula berkeroncong kerana tidak diisi sejak dari pagi lagi. __________ bangun dan terus menuju ke meja belajar Lisa.

“Lisa, kau lapar tak? Jom kita keluar makan.” tanya ________ sambil melabuhkan punggungnya di atas katil Lisa.

“Aku on je. Lagipun aku pun bosan ni. Soalan Prof. Ramli ni susah la. Penat aku fikir jawapan tapi tak dapat-dapat.

“Aku ajak Zaqyah sekali eh?”

“Okay.”

___________________________________________________

Sementara menunggu makanan sampai, mereka bertiga berborak-borak kosong.

“Hah, ________. Tadi kau kata nak cerita kat aku apasal muka kau masam tadi. Ceritalah.” Lisa meminta.

__________ pun menceritakan apa yang berlaku daripada dia berlanggar sampailah perebutan dadih.

“Eh, apasal aku tak tau pasal ni?” tanya Zaqyah terpinga-pinga.

“Bukan kau pergi kafe dengan aku ke tadi? Macam mana pulak kau boleh tak tau?” _________ juga hairan.

“Maybe masa aku pergi toilet kot..” Zaqyah cuba meneka.

“Kau ada pergi toilet ke tadi? Tak perasan pulak aku.” _________ tersengih.

“Lepas aku pergi toilet tu, aku ada jugak cari kau tapi kau dah hilang, tu yang aku terus balik bilik tu.” Zaqyah menjelaskan.

“Aku berebut dengan lelaki yang aku langgar pagi tadi tulah. Adoi, malang betul la nasib aku bila jumpa dia.” _________ mengeluh.

“Hah, ye ke? Ala, rugi la aku macam tu...” Zaqyah memuncungkan bibirnya.

Beberapa minit kemudian, makanan mereka pun sampai. Baru sahaja _________ ingin menyuapkan nasi ke mulutnya, dia terpandangkan seseorang. Hampir terbeliak biji mata ________ apabila melihatnya.

__________ menyiku lengan Zaqyah. “Zaqyah, kau tengok mamat tu. Muka dia sebijik macam Yunho TVXQ kan?” kata _________ sambil memuncungkan bibirnya.

“Hah? Mana? Mana?” Zaqyah kelam-kabut mencari.

“Isyh, kau ni. Rilekslah. Tu hah yang tengah berdiri kat hujung tu.” __________ memuncungkan bibirnya lagi.

“Yang tengah pegang handphone tu ke?”

“Ye la.”

“Haah lah, memang sebijik la. Memang dia kot...” kata Zaqyah setelah jumpa apa yang dicari.

“Takkanlah dia boleh berjalan-jalan sesuka hati je kat sini. Kalau kau tengok betul-betul, dia ada muka Melayu la. Waah!! Handsome giler!!!” _________ sudah tersenyum lebar hingga ke telinga.

“Iyelah, handsome giler!! Eh, kau tau tak nama die?” Zaqyah semakin excited.

“Tau. Nama dia Muhammad Yunho...” jawab ________ selamba.

“_________, aku student bukan stupid okay. Takkanlah nama dia macam tu kot.” balas Zaqyah marah.

“Tau pun. Aku pun baru nampak dia first time, takkanlah aku dah tau nama dia kot. Kau ingat ada tulis nama ke kat dahi dia tu?” ________ menjawab.

Zaqyah sudah mula menayangkan gigi apabila menyedari akan kesilapannya.

“Sorrylah __________. Aku terlalu excited sangat tadi. Nampaknya aku memang stupid la ni.” Zaqyah menunjukkan riak wajah sedih.

“Kau yang cakap, aku tak cakap apa-apa.” kata _________ sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Ei korang! Korang cerita pasal apa ni? TVXQ tu ape menatang pulak?” Lisa yang membisu sejak tadi bersuara.

_________ dan Zaqyah yang sedang leka berborak terus menoleh. Mereka berdua terkejut melihat pinggan Lisa yang sudah licin-licau itu.

“Uik, cepatnya kau habis makan.” kata Zaqyah sedikit terkejut.

“Korang la, asyik berborak je dari tadi. Nasi tu pun korang tak sentuh lagi.”

Dengan pantas, __________ dan Zaqyah menyuap nasi ke dalam mulut mereka. Dalam masa 5 minit, nasi di dalam pinggan habis ditelan.

“Wah, pantas!” kata Lisa. __________ dan Zaqyah hanya tersengih.

_________ mula mencari kelibat jejaka handsome tadi.

“Ala, dia dah blah la... tak sempat aku nak cuci mata.” kata ________ hampa.

“Boleh tahan jugak gatal kau ni ye...” kata Zaqyah. _________ tersengih-sengih.

“Dahlah, jom balik. Tutorial aku tak siap lagi ni.” Mereka bertiga terus menuju ke kaunter pembayaran. Semasa ________ sedang memasukkan duit bakinya ke dalam dompet, syiling 50 sennya terjatuh. __________ cuba untuk mengambilnya namun, syilingnya itu telah dipijak oleh seseorang.

“Ei, awak pijak....” _________ mendongak.


(bersambung...)

8 comments:

  1. meh nak komen panjang lebar

    1)ohoho saya kenal sape prof zubir..then ang letak prof ramli..lama la aku duk pikir,sape ek prof ramli..kenapa aku tak penah kenal..bwahahahahahahhaha

    2)scene makan makan sambil usha mamat ensem mmg aku bayangkan macam kita pi makan kat nazri..pastuh makan 5minit plak tu..mmg mcm kita..tgu makanan yg lmbt..mkn tu kejap je sbb memaseng lapow..

    3)Muhammad Yunho!!!!
    bwahahahahahahah bengong betul name..saket perut aku gelak..

    ReplyDelete
  2. 1) aku saje nak letak rumet die tu kos lain, tu yg letak nama prof yg kite x kenal... kah3...

    2)wahaha, rindu la nak usha mamat2 ensem sambil tggu makanan sampai.... wuuu~~

    3) memang bengong, jgn ade org bg name anak gitu sudah le... keh3...

    ReplyDelete
  3. skang kan tgh deman kpop..aku takot ada gak yg buh nama anak dia lagu tu kang..
    oh rumetnya itu kos lain yer..ingatkan sama kos..

    ReplyDelete
  4. aku pun sprt jeep..rsnye prof zubir cam kenal..tetiba ade prof ramli..mungkin prof baru kah??hehehe..

    rindu menunggu padkapau sambil berbunga hati penuh harapan dpt usha belang..

    wakakaka..Muhammad Yunho!!!ak nak cari jodoh nama Muhammad Donghae la..ade tak?

    ReplyDelete
  5. tetibe rase nak tukar nama prof tu kepada azhar, boleh ka?

    kalau betul la ade manusia bernama Muhammad Donghae....kompem aku gelak giler2 punye... hahaha.... pelik giler nama itu...

    ReplyDelete
  6. muhammad yunho??gila sengal...muahahaaa
    situasi yg sama cam kita kat usm...mengusha sape2 yg hensem...wieheee~

    ReplyDelete
  7. Prof azhar?
    pastu buat dia salu takde kat opis asyik nak g jemput anak sekolah...hahaha
    mengusha sesiapa yang hensem itu amat perlu..
    satu keperluan sebenarnye tu..

    ReplyDelete
  8. ok gak tu idea izah... nanti aku cuba selitkan kat mane2... keh3..

    ReplyDelete