Wednesday, November 14, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 19

(Wah!! Dah lame tak apdet citer nie... oleh kerana saya kebosanan, saya akan cuba mengapdet kembali... muahaha!!!)

Ashraf's POV

"Betul ke ni, umi?? Yap dah tak payah kahwin ke??" tanya Ashraf agak hairan.

"Betul, umi dengan abah dah bincang dah dengan kawan abah kamu tu. Diorang pun setuju perkahwinan nie tak diteruskan. Bila difikirkan balik, ini dah zaman moden. Mana ada lagi kahwin-kahwin paksa nie... jadi, kami pun buatlah keputusan macam tu." terang umi dengan panjang lebar.

"Tapi, umi... bukan ke perkahwinan nie atas wasiat arwah atuk?" tanya Ashraf lagi.

"Umi tau... tapi nak buat macam mana, dah korang berdua tak setuju... takkan nak teruskan jugak... umi tak mahu la rosakkan kebahagiaan kamu berdua nanti.." balas umi sambil tersenyum.

"Lagi satu umi, bila masa pulak abah dengan umi berbincang dengan keluarga diorang tu.... baru semalam umi cakap pasal perkahwinan nie, arini dah tak jadi pulak. Yap musykil la mi..." Ashraf menggaru-garu kepalanya.

"Hehe, magik kan? Baru kamu tau betapa hebatnya kuasa abah dengan umi..." jawab umi sambil mengangkat-angkat keningnya.

Ashraf mula membuat muka pelik. "Umi nie biar betul...." 

"Takdelah... kitorang dah lama dah bincang pasal benda nie, kitorang saja je nak tengok reaksi kamu macam mana bila suruh kahwin paksa macam nie..." umi tergelak-gelak kecil.

"Pulak..." Ashraf membuat muka 'blur'. Tangannya mengaru-garu kepalanya. Bingung..

"Apahal la pulak tergaru-garu kepala tu? Ada bela kutu ke?" tanya umi berseloroh.

"Adui, pelik la abah ngan umi nie... sekejap suruh kahwin, sekejap tak payah kahwin... ape kes nie umi?" Ashraf masih lagi bingung. Berkerut-kerut mukanya.

"Alah, tak payah la pening-pening... sekarang keputusannya Yap tak payah kahwin... habis cerita..." balas umi. 

"Tapi... kalau Yap nak kahwin jugak, ok jer... umi 'on' jer... umi pun dah tak sabar-sabar nak timang cucu..." umi menambah sambil tersengih-sengih.

"Isyh, umi nie... tak mau la Yap... muda-muda lagi dah nak kena jadi laki orang..." Ashraf pantas menjawab. Kepalanya digeleng-gelengkan tanda tidak setuju.

"Hah, tau pun... dah tu ape nak pening-pening? Terima jelah seadanya..." umi berkata lagi.

Ashraf hanya tersenyum senget. Umi pula hanya tersenyum simpul lalu terus berlalu pergi.


"Umi, nak gi mana?" tanya Ashraf.

"Umi nak 'blah' la... part umi dalam scene nie dah abis..." jawab umi selamba.

"Hai, umi nie... dah pandai buat lawak la pulak sekarang nie... cakap la betul-betul umi nak pergi mana?" tanya Ashraf lagi.

Umi tersengih-sengih. "Umi nak pergi dapur la... nak buat air, haus... kenape?"

"Hehe, Yap nak jugak... nak milo ais pastu letak sikit milo tabur kat atas dia... boleh tak umi?" Ashraf meminta 'order'.

"Amboi, ingat nie kedai ke? Nak ade milo tabur bagai..." umi menjawab.

"Ala, boleh la umi... sekali-sekala, bukannya selalu... " Ashraf berkata lagi.

"Boleh, bak sini 50 sen..." kata umi sambil menadah tangan kanannya pada Ashraf.

"Aik, murahnya air kat 'kedai' nie ek? 50 sen je..." Ashraf tergelak kecil.

"Sebab umi tau Yap nie ade 50 sen je dalam poket tu... takpelah, umi bagi free la arini... 50 sen tu buat beli gula-gula eh..." umi tersenyum lalu terus berlalu ke dapur.

Ashraf tergelak melihat telatah uminya. Tangannya meraba-raba poket seluarnya dan mengeluarkan sekeping duit syiling 50 sen. Ashraf cuba mencari lagi di dalam poket yang lain. Tiada apa-apa. Hanya sekeping duit syiling 50 sen itu sahaja.


Uik, bagaimanakah umiku boleh mengetahui tentang duit 50 sen yang berada di dalam poket seluarku ini. Wah! Musykil nie... alamak... seram nihhh!!! 

(bersambung...)

p/s: aiyoo... idea banyak, tapi tak tau nak relate dengan cerita..