Tuesday, February 28, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 14

(Aku sebenarnya tak berapa tahu-menahu pasal wasiat2 nie... jadi aku bedal je la ek... hihi)

_______________________________________________

Hero's POV

"Isyh, aku rasa tak logik la kahwin-kahwin paksa nie.... macam dalam drama tau tak..." Ashraf berkata setelah mereka berada di dalam bilik.

"Itulah, aku sebenarnya macam tak percaya abah dengan umi boleh suruh kau kahwin... terkejut jugak aku tadi.." Putera menyatakan perasaannya juga.

"Kau takpelah, bukan kau yang kena kahwin..." Ashraf sedikit kecewa.

"Ala kau nie... janganlah sedih sangat... best ape kau dapat kahwin free sekarang nie..." kata Putera ingin menyedapkan hati Ashraf.

"Hah? Free?? Mana kau tau?" Ashraf sedikit terkejut.

"Bukanlah macam tu... maksud aku kau kahwin, tapi... kau tak perlu keluarkan duit nak buat hantaran semua... betul tak apa aku cakap?" Putera menjelaskan.

"Eh, apasal pulak? Ingat perempuan tu anak ayam ke? Anak ayam pun kena beli pakai duit tau..." Ashraf tidak puas hati.

"Kau ni... inikan perkahwinan yang dirancang umi dengan abah... kalau kau sendiri yang kena keluar duit, mesti kau boleh tolak perkahwinan nie kan? Yelah, kau kan masih belajar lagi... manalah ada duit nak meminang anak dara orang..." Putera menjelaskan lagi.

Ashraf seperti memikirkan sesuatu, " Hmm... betul jugak apa yang kau cakap tu..." Ashraf bersetuju dengan kata-kata Putera. Putera tersengih. (eh, aku tak pernah nampak Putera tersengih..)

"So, ape yang kau nak risau-risau.... kau terima jelah perkahwinan tu..." Putera menyambung.

"Habis kalau perempuan tu tak cantik ke, gemuk ke, ade banyak jerawat ke... macam mana?" Ashraf masih lagi tidak pasti.

"Isyh, kau jangan risau la... aku kompem umi dengan abah mesti pilih yang terbaik untuk kau..." Putera menambah lagi.

"Isyh, aku tak nak la... aku belum bersedia lagi la nak jadi suami orang... " Ashraf tidak yakin.

"Ok, macam ni lah... kau fikir dulu masak-masak perkara nie... kau fikirkan baik buruknya keputusan yang kau nak buat tu..." Putera menepuk-nepuk perlahan bahu Ashraf. Ashraf tidak terkata apa.

"Aku keluar dulu eh..." Putera lantas keluar dari bilik. Ashraf hanya duduk termenung di katilnya.

____________________________________________

Your's POV

Kamu membuka mata kamu perlahan-lahan... agak kabur sedikit pandangan kamu... namun beransur menjadi terang... kelihatan abang kamu duduk di tepi katil.

"Adik!! Adik ok tak nie?" soalan pertama yang diajukan oleh abang kamu. Fahrin mengusap-usap pipi kamu lembut. Kamu hanya tersenyum hambar.

"Adik ok la... adik kan kuat..." kamu berusaha menunjukkan otot di lengan kamu yang kurus cekeding itu.

Fahrin tergelak kecil. "Adik nie buat abang risau tau... apasal boleh sampai pengsan-pengsan nie?" tanya Fahrin lagi risau. Kamu hanya tersenyum. Pintu bilik kamu dibuka dari luar. Muncul ibu dan ayah kamu di muka pintu.

"Adik, dah sedar dah?" ibu bertanya. Di tangannya terdapat dulang berisi segelas air dan bubur.

"Ni, ibu ada masak bubur ni... adik tu dari semalam tak nak makan... perut tu kosong, tengok... kan dah sampai pengsan macam ni..." ibu mula membebel.

"Kejap lagi la adik makan, bu..." kamu menjawab.

"Ayah dengan ibu keluar dulu eh... jangan lupa makan tu..." ibu sempat mengusap-usap kepala kamu sebelum melangkah keluar dari bilik.

"Aik, cepatnya... ibu dengan ayah nak pergi mana?" tanya Fahrin agak hairan.

"Tak de pergi mana-mana... cerita Merlin dah nak start tu... ibu dengan ayah nak pergi tengok... Fa'in jagalah adik tu eh..." jawab ibu sambil tersengih. Ayah hanya tergelak kecil.

Fahrin menggelengkan kepala. Geli hati dengan gelagat ibu dan ayah kamu. 

"Abang..." kamu memanggil Fahrin.

"Kenapa? Adik nak makan eh? Abang suap eh?" soal Fahrin bertubi-tubi.
 
"Abang dah tak marah kat adik?" soal kamu.

"Marah? Bila masa pulak abang marah?" Fahrin pula menyoal.

"Pagi tadi abang buat tak tau je dengan adik..." kamu mengingatkan.

Fahrin tergelak. "Ade eh? Entah, abang tak ingat la pulak..." Fahrin berpura-pura lupa.

Kamu tersenyum, "Terima kasih, abang..." 

"Terima kasih kenapa pulak nie?" Fahrin menyoal lagi.

"Terima kasih sebab risau pasal adik..." kamu berkata.

Fahrin mengusap-usap rambut kamu, "Apelah adik nie, mestilah abang risau pasal adik... adik la satu-satunya adik abang tau..." 

Kamu lantas memeluk abang kamu. "Abang jangan marah adik lagi eh?" pinta kamu.

Fahrin tergelak lagi. "Taklah, abang tak marah adik... abang sayang sangat kat adik..." Fahrin mengusap-usap rambut kamu.

"Abang, abang nak tau tak?" kamu kembali ceria. Pelukan kamu telah dilepaskan.

"Tau apa?" tanya Fahrin ingin tahu.

"Tadi adik mimpi ngeri..." beria-ia kamu bercerita.

"Mimpi?" kamu mengangguk.

"Adik mimpi ibu dengan ayah suruh adik kahwin..." kamu bercerita lagi.

"Kahwin??" 


(bersambung...)

Yunho vs. Ashraf........Bab 13

Your's POV

Selepas makan tengahari, ayah dan ibu menyuruh kamu dan abang kamu berkumpul di ruang tamu... kamu rasa macam ada sesuatu yang serius yang ingin dibincangkan oleh ibu dan ayah kamu... dada kamu tiba-tiba rasa berdebar, rasa nervous macam masa nak test dengan JPJ waktu nak ambik lesen dulu... rasa macam nak tercabut kepala lutut... eh, over pulak nervous kamu nie!!!

"Fahrin, _____.... ayah dan ibu dah buat keputusan..." kata-kata ayah terhenti di situ. Semakin kencang denyutan jantung kamu.

"Keputusan ape, ayah?" Fahrin seperti tidak sabar.

"Ayah dengan ibu dah setuju nak satukan kamu berdua..." ayah meneruskan tetapi kata-kata ayah macam ada yang tak kena.

Ibu menampar lengan ayah. " Ape abang nie? Nak satukan diorang berdua nie buat ape? Diorang nie adik-beradik la..." ibu mengerutkan mukanya. Kamu dan abang kamu memandang satu sama lain. Ape benda yang diorang merepek nie?

Ayah tergelak kecil, "Eh, tersilap... ayah dengan ibu dah setuju nak kahwinkan Fahrin..." kata-kata ayah terhenti lagi kerana lengan ayah telah menerima tamparan sekali lagi dari ibu. 

"Isyh, ape awak ni asyik pukul tangan saya je..." ayah berkata sambil mengurut-urut tangannya.

"Abang la... cakap la betul-betul... tengok muka budak-budak tu dah berkerut semacam je tu..." ibu semakin geram dengan kesilapan ayah. Memang muka kamu dan abang kamu 'blur' habis....

"Eh, salah ke abang cakap tadi? Ok... ayah dah setuju nak kahwin..." 

Papp!! Tamparan yang diterima ayah lebih kuat kali ini.

"...kan _____ dengan anak kawan ayah." ayah menyambung ayatnya sebelum menerima tamparan yang lebih hebat dari ibu. Ayah tersengih-sengih memandang ibu. Ibu pura-pura mencubit lengan ayah. Isyh, diorang nie... dah tua-tua pun masih lagi nak bergurau-senda...

Kamu dan abang kamu masih lagi dengan muka tercengang. Macam gaya seorang murid yang tak paham ape cikgu Fizik dia ajar kat depan... memang kamu berdua tak faham pun ape yang diorang cakapkan tu... 

"Adik, macam mana?" tanya ibu setelah tidak mendapat apa-apa reaksi dari kamu.

"Hah? Macam mana apa?" kamu masih lagi terpinga-pinga.

"Ayah dengan ibu nak kahwinkan kamu dengan anak kawan ayah nie... kamu setuju tak?" ibu menerangkan sekali lagi.

Kamu memandang muka abang kamu dengan muka yang masih tercengang. Tidak lama kemudian, kamu dan abang kamu tergelak-gelak kecil.... lama-kelamaan ketawa kamu dan abang kamu semakin kuat seperti ada sesuatu yang sangat menggelikan hati kamu berdua. Kali ini, ayah dan ibu kamu pula yang buat muka tercengang. 

"Kejap... kejap... ayah dengan ibu nak kahwinkan adik dengan anak kawan ayah?" tanya Fahrin masih lagi dalam tawanya.

"Iyalah..." balas ibu. 

"Adik, pagi tadi ayah kata kita buat drama, sekarang nie ayah pulak yang buat drama..." kata Fahrin pada kamu. Kamu berdua masih lagi bergelak ketawa.

"Ayah nak buat drama ape ni ayah? Nak buat drama Vanilla Coklat macam dalam tv tu eh?" pertanyaan Fahrin ditujukan pada ayahnya pula.

"Mana ade ayah nak buat drama... ayah serius nie..." muka tercengang ayah dah hilang, muncul muka serius pulak. Kamu dan abang kamu yang terlihat muka ayah kamu yang serius itu terus berhenti ketawa. Dengan serta-merta kamu rebah di pangkuan abang kamu.

"Eh, adik!!! Kenapa nie?" Fahrin menepuk-nepuk pipi kamu untuk menyedarkan kamu dari pengsan.

"Ya Allah!! Adik!!" ibu mula kelihatan panik. Ayah juga turut menghampiri kamu.

"Cepat! Angkat dia bawak masuk dalam bilik..." ayah mengarahkan.

____________________________________________

Hero's POV

"Kahwin???" Ashraf begitu terkejut dengan kata-kata abahnya itu.

"Ini sebenarnya wasiat daripada atuk kamu... dia dah pernah berjanji dengan ayah kawan abah nie, nak satukan korang berdua bila dah besar nanti..." abah Ashraf menjelaskan. 

"Wasiat?? Tapi kenapa pulak Ashraf, bah? Kenapa bukan Putera?" Ashraf masih lagi tidak boleh menerima keputusan abahnya. Putera yang duduk di sebelahnya juga masih terkejut.

"Itu abah tak pasti. Tapi dah tertulis dalam wasiat arwah atuk kamu untuk satukan kamu berdua..." abah menjelaskan lagi. Umi hanya membisu.

"Habis, abah dengan umi setuju dengan perkahwinan nie?" soal Ashraf lagi.

"Kami tak boleh nak buat apa-apa... kami terpaksa setuju dengan wasiat arwah atuk kamu nie..." umi pula mencelah.

"Kalau Ashraf tak mahu teruskan perkahwinan nie macam mana?" Ashraf masih lagi tidak puas hati.

Umi dan abah hanya terdiam. "Janganlah macam tu, Yap... arwah atuk kamu tu banyak terhutang budi dengan keluarga sebelah perempuan tu..." jawab abah setelah terdiam seketika.

Ashraf semakin buntu. Dia melangkahkan kaki menuju ke biliknya. Dia harus berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Umi dan abahnya faham dengan perasaan Ashraf. Mereka hanya membiarkan sahaja Ashraf berlalu pergi. Putera mengikuti langkah kembarnya menuju ke bilik. Mungkin dia boleh menenangkan perasaan Ashraf.

(bersambung...)

p/s: oh, takde gambar... bosannya fanfic aku takde gambar... huhu....