Friday, March 9, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 17

Your's POV


Esok hari Isnin.... sepatutnya kamu sudah berada di kampus untuk permulaan minggu yang baru... oleh kerana kamu tidak mempunyai kelas pada esok hari, kamu mengambil keputusan untuk bercuti lagi di rumah... untuk mengisi masa lapang, seperti biasa kamu akan menonton tv... 


"Buat ape tu?" terdengar suara Fahrin menegur kamu.


"Tengah masak..."jawab kamu selamba. Fahrin tergelak kecil.


"Amboi, bergurau..." kata Fahrin. Kamu tersengih.


"Tengok cerita apa tu?" tanya Fahrin lagi. Dia duduk di sebelah kamu yang sedang khusyuk menonton tv itu.


"Cerita ape lagi, cerita korea la..." jawab kamu. Memang itu sajalah channel yang kamu akan buka bila menonton tv.


"Isyh3... asyik-asyik korea... asyik-asyik korea..." kata Fahrin sedikit memerli.


Kamu menjeling sedikit pada abang kamu. "Eleh, abang pun sama... abang pun layan korea jugak kan?" tanya kamu.


"Eh, mana ada... bila masa pulak abang layan korea?" tanya Fahrin kembali. Dia cuba menyembunyikan muka kantoinya.


"Tu ringtone abang tu... bukan lagu SNSD ke?" kamu cuba menunjukkan bukti. Fahrin sedikit terkejut namun dia cuba menyembunyikan riak wajahnya.


"Oh, tu lagu SNSD ke? Mana la abang tau... abang dengar lagu tu macam best je, abang ambik la buat ringtone..." Fahrin cuba lagi mengelak.


"Ye ke? Habis wallpaper kat laptop abang tu gambar SNSD terpampang besor tu... bukan jugak?" kamu cuba menunjukkan bukti lagi.


"Eik, masuk bilik abang tak mintak izin eh?" Fahrin cuba mengalih topik. 


"Dah tu, pintu bilik abang terbukak luas, laptop pun tak tutup... kompemlah adik nampak... apa lagi, adik pun skodeng la laptop abang..." kamu sudah tersengih-sengih. Fahrin bertambah terkejut.


"Ei, memang stalker la adik nie..." kata Fahrin.


"Jadi betul la abang layan korea kan?" tanya kamu sekali lagi.


"Ala, sikit-sikit je... abang tengok Yuna tu cantik la... tu yang minat tu..." Fahrin tersengih gatai.


Kamu rasa sedikit meluat mendengarnya lalu kamu berpura-pura membuat reaksi orang mahu muntah. 


"Apasal pulak tu?" tanya Fahrin setelah melihat reaksi adiknya yang pelik.


"Entahlah bang... tetiba rasa nak termuntah..." jawab kamu. Mata kamu hanya tertumpu pada kaca tv.


"Eleh, jeles la tu Yuna cantik..." Fahrin berkata.


"Eee... tak kuasa teman..." balas kamu dengan loghat Perak. Tangan kamu digerakkan mengikut gaya Usop Wilcha.


"Adik jeles... adik jeles..." Fahrin sengaja mahu menyakat kamu.


Kamu malas mahu melayan abang kamu. Mata kamu tidak beralih dari kaca tv. Hanya mulut kamu saja yang dicemikkan. Fahrin tergelak lagi. Dia turut sama menonton tv bersama kamu.


"Adik dah fikirkan ke pasal perkahwinan tu?" tiba-tiba Fahrin bertanya setelah lama kamu berdua khusyuk menonton tv.


Kamu tidak memberi sebarang reaksi. Kamu masih lagi khusyuk menonton tv. 


"Adik dengar tak abang tanya nie?" tanya Fahrin setelah tidak mendapat apa-apa respon dari kamu.


"Dengar... telinga adik ok lagi..." jawab kamu. Pertanyaan abang kamu itu membuatkan kamu berfikir untuk seketika. 


"Habis, kenapa tak jawab?" tanya Fahrin lagi.


"Abang, mengikut drama-drama yang adik tengok... novel-novel yang adik baca... perkahwinan yang dirancang macam nie mana boleh tak terima... mesti kena setuju punya... kecuali kalau adik atau orang sebelah sana tu takde lagi dalam dunia nie... betul tak, bang?" jawab kamu panjang lebar. Pandangan kamu sekarang beralih pada abang kamu.


Fahrin befikir seketika lalu mengangguk-angguk sedikit. "Hmm, betul jugak adik cakap tu... jadi, adik setuju la dengan perkahwinan nie?" sekali lagi Fahrin bertanya.


Kamu menggeleng.


"Eh, pulak? Tadi kata perkahwinan macam nie mesti kena setuju... nie tak setuju pulak... macam mana adik nie?" Fahrin hairan.


"Ada ke orang yang setuju kalau diorang kena kahwin paksa macam ni, bang?" tanya kamu pula. Muka kamu sedikit serius.


"Ada... orang yang dah gatai nak kahwin... diorang setuju je..." jawab Fahrin sedikit berseloroh.


"Macam abang la kan?" kamu tersengih. Muka serius kamu tadi sekejap je muncul.


Fahrin ketawa. "Last-last abang jugak yang kena eh..." dia mencubit pipi kamu. 


"Adik ok?" tanya Fahrin. Dia merasa kasihan pada adiknya itu.


"Kalau tak ok pun kena buat-buat ok jugak..." jawab kamu mahu tidak mahu.


Fahrin mendekatkan dirinya pada kamu. Dia merangkul bahu kamu dan mendekatkan badan kamu ke dadanya. Kamu hanya menurut dan serta-merta kamu meletakkan kepala kamu ke dada abang kamu. Fahrin mengeratkan lagi pelukannya. Kamu terasa hangatnya pelukan abang kamu. Kamu sangat bersyukur mempunyai abang yang memahami seperti Fahrin.


(bersambung...)


p/s: ade ke orang lelaki minat korea begitu sekali?? hehe...


p/s lagi: mak aku tanya, buat karangan ape tu? panjang taip... aiyooo!! kantoi... tak boleh taip siang-siang la gini... malu... hihi...

Friday, March 2, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 16

(Wah, susah jugak buat fanfic nie ye....)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Your's POV


"Arghhh!!! Kusutnya..." kamu membetulkan rambut kamu yang kusut-masai itu. Tetapi sebenarnya, fikiran kamu lebih kusut dari rambut kamu. Kamu tidak tahu apa yang perlu kamu lakukan tentang perkahwinan yang dirancang oleh ibu dan ayah kamu itu.


"Duduk atas katil lama-lama pun bukan boleh selesai masalah... baik aku pergi keluar jalan-jalan..." kata kamu kepada diri kamu sendiri. Kamu turun dari katil dan bersiap-siap lalu keluar dari bilik.


"Mana pulak semua orang pergi nie?" kamu tercari-cari ahli keluarga kamu yang lain. 


"Eh, takdelah... aku keluar jelah..." kamu terus keluar dari rumah.


"Wah! Lama dah tak jalan-jalan dalam kampung nie..." kamu berkata-kata sambil tersenyum. Kalau ada orang nampak, kompem diorang kata kamu gila.


Walaupun tempat itu dipanggil 'kampung', namun rumah-rumah di situ tidak ada pun yang berbentuk rumah kampung... kalau ada pun, pasti bahagian belakangnya telah ditambah dengan rumah batu.


Sudah agak jauh juga kamu berjalan, segala masalah kamu hilang buat seketika. Kamu melintasi sebuah rumah yang agak besar dan dengan tiba-tiba kamu terdengar bunyi sesuatu yang agak sayup.


"Bunyi apa pulak tu?" tanya kamu di dalam hati. Kamu cuba mencari dari mana datangnya bunyi tersebut. Melihatkan rumah yang agak besar itu, kamu sudah mula berfikir yang bukan-bukan.


"Takkanlah han........ eee, tak mungkin la... rumah nie cantik je, tak nampak berhantu pun..." kamu masih lagi mencari-cari punca bunyi itu. Kamu berjalan perlahan-lahan sehingga ke belakang rumah tersebut. Setelah diamati, bunyi itu seakan bunyi muzik yang dikeluarkan dari seruling. 


Kamu menghampiri pagar belakang rumah tersebut. Kamu meninjau-ninjau halaman rumah itu. Bunyi itu semakin jelas kedengaran. Kamu tiba-tiba terpandangkan seorang lelaki yang sedang duduk di atas wakaf sedang bermain seruling. Tetapi, kamu tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut kerana dia membelakangkan kamu.


"Oh, ada orang main seruling rupanya.... tapi, macam pernah dengar la lagu yang dia main tu..." kata kamu seakan berbisik. Kamu mendengar seketika.


"Hah, nie kan lagu Seribu Tahun, yang si Imran Masturi nyanyi tu...." kata kamu sedikit terjerit. Nasib baik tak didengar oleh lelaki itu.


Kamu terus mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh lelaki itu. Alunan muziknya sangat menenangkan hati kamu. Tidak dinafikan lagu itu pernah menjadi lagu kegemaran kamu suatu ketika dulu. Kamu terasa seperti berada di awang-awangan mendengar alunan muziknya.








Sedang kamu asyik melayan perasaan, tiba-tiba kamu terasa bahu kamu disentuh oleh seseorang. Kamu tidak menoleh kerana bimbang orang jahat yang mahu mengganggu kamu.


Alamak, siapalah pulak nie sentuh-sentuh bahu aku nie... ape nak buat nie? Apa nak buat nie?


Bukk!! Satu tumbukan siku tepat mengenai perut orang itu. Terdengar orang itu mengerang kesakitan. Kamu pantas menoleh. Kamu terkejut.


"Abang!! Abang buat apa kat sini?" kamu bertanya cemas.


"Aduh!! Kuatnya adik tumbuk... sakit tau..." berkerut-kerut muka Fahrin. Dia masih memegang perutnya yang terasa pedih itu.


"Dah tu... main pegang-pegang je... ingatkan orang jahat... adik tumbuk la.... erk, abang ok tak nie?" kamu bertanya lagi.


Fahrin mengangkat ibu jari tanda dia ok. "Adik buat apa kat sini?" Fahrin pula bertanya.


"Adik yang tanya abang dulu soalan tu... jadi, abang jawab dulu... abang buat apa kat sini?" pertanyaan abangnya tidak dijawab.


"Adik la, keluar rumah tak bagitau... ibu dah risau dah kat rumah tu.... tu yang dia suruh abang cari tu... takut adik pengsan lagi..." Fahrin menerangkan. Rasa sakitnya sudah semakin hilang.


"Ooo, tadi adik nak bagitau... tapi adik cari semua orang takde pun... abang pulak sibuk bercakap dengan makwe abang kat telefon..." kata kamu sambil mencemik.


"Eh, pandai-pandai je... bila masa pulak abang cakap kat telefon?" Fahrin sedikit terkejut.


"Hehe... mana ada... saja je nak tengok reaksi abang macam mana..." kata kamu sambil tersengih. Suka melihat muka abang kamu yang terkejut begitu.


"Ei, main-main pulak dia... hah, abang dah jawab... sekarang adik pulak jawab, adik buat apa kat sini?" tanya Fahrin.


"Macam mana abang tau adik ada kat sini?" kamu masih tidak menjawab pertanyaan abang kamu. Sebenarnya kamu sendiri tak tau macam mana nak jawab soalan abang kamu.


"Tadi dari jauh abang nampak macam ada orang terhendap-hendap kat belakang rumah nie... ingatkan orang nak merompak tadi, rupanya adik... adik buat apa kat sini?" tanya Fahrin sekali lagi. Matanya melilau melihat ke dalam kawasan rumah itu. Tiada siapa pun yang dia lihat dalam rumah itu.


"Errr... takde... tadi adik keluar nak jalan-jalan... pastu... pastu adik jumpa... kucing... kucing tu comel sangat.... dia masuk kat dalam rumah nie... pastu adik cari-cari tak de dah dia... mana entah dia pergi...." jawab kamu tergagap-gagap. Fahrin pandang kamu dengan muka pelik.


"Kucing?? Bukan adik tak suka kucing ke?" tanya Fahrin pelik.


Kamu menggaru-garu kepala. "Haah, memang la... haa, abang... jomlah balik... dah petang nie..." ajak kamu lantas menarik tangan abang kamu menuju ke kereta. Fahrin hanya menurut.


Takkanlah aku nak bagitau kat abang yang aku tengah dengar orang tu main seruling... dahlah dengar senyap-senyap pulak tu... nanti abang ingat aku nie stalker pulak... isyh, abaikan jelah.... abang, mintak sori ye sebab adik dah bohong kat abang.....  




(bersambung...)


p/s: eh, ade gambo seketul! 

Thursday, March 1, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 15

(Pendek pulak post yang nie....)

Fahrin's POV

Oh tidak!! Adikku dah sewel... dia tak ingat ke punca dia pengsan tadi sebab dengar pasal perkahwinan tu? Ah, sudah... macam mana pulak aku nak bagitau dia nie...tak pasal-pasal pengsan lagi budak ni...

Fahrin menggaru-garu kepala.

"Adik..." panggil Fahrin perlahan. _____ memandang muka abangnya.

"Kahwin tu... mimpi ngeri ke dik?" tanya Fahrin. 

_____ tergelak kecil. "Abang tak rasa ke kahwin tu satu mimpi ngeri?" soalan yang berbalas soalan.

Fahrin mengangkat bahu. "Entahla... kenapa adik cakap macam tu?" tanya Fahrin lagi.

"Yelah... nanti dah lepas kahwin, kena jadi suami atau isteri pada orang... kalau isteri, nak kena jaga makan minum suami... suami pulak nak kena bagi nafkah pada anak isteri diorang... besar tanggungjawabnya tu..." _____ menerangkan.

"Ooo...macam tu eh? Tak ngeri pun abang dengar..." Fahrin berkata.

"Kalau tak ngeri............. kenapa abang tak kahwin lagi?" tanya _____ sambil tersengih.

Pulak!! Boleh pulak dia tanya soalan cepugangsa kat aku. Ibu dengan ayah suruh dia kahwin. Aku pulak yang kena balik.

"Sebab... abang rasa kahwin tu satu mimpi ngeri la..." Fahrin menjawab dalam nada berseloroh.

_____ tersenyum. 

"Habis kalau mimpi adik tadi tu jadi realiti macam mana?" Fahrin bertanya. Cuba mengelak daripada soalan cepugangsa itu tadi.

_____  tidak menjawab. Senyumannya hilang dan mukanya berubah menjadi serius. Dia seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Tiba-tiba riak wajahnya berubah seperti orang terkejut.

"Abang...... yang tadi tu bukan mimpi.......... perkahwinan tu bukan mimpi kan?" tanya _____ dengan riak wajah yang agak sedih.

Fahrin hanya menggeleng. Sebenarnya Fahrin sendiri tidak bersetuju dengan keputusan ibu dan ayahnya. Oleh kerana perkahwinan itu merupakan wasiat arwah atuknya, dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Tapi kenapa adik yang kena kahwin? Abang pun tak kahwin lagi.... tak aci la macam ni..." walaupun muka _____ kelihatan sedih, masih sempat lagi dia berseloroh.

Eh, budak nie... boleh pulak main aci tak aci.... ingat aku tak nak kahwin ke... dah lama dah bersedia nak kahwin tau.... calon je takde... 

"Adik tau tak kenapa adik yang kena kahwin?" Fahrin bertanya. _____ menggeleng.

"Sebab, orang yang sebelah sana tu lelaki.... kalau perempuan dah lama dah abang rembat..." Fahrin sendiri yang menjawab pertanyaannya. Dia tergelak kecil.

_____ memukul lengan Fahrin. Geram dengan kelakuan abangnya.

"Betul la abang cakap tu..." kata Fahrin.

"Tapi adik tak nak... adik muda lagi... belajar pun tak habis lagi, takkan dah nak kena kahwin..." balas _____ pula.

"Kalau lelaki tu handsome.... adik nak tak? " Fahrin cuba memancing adiknya.

"Hah? Lelaki tu handsome?" ____ berkata sedikit tergamam. 

Ei, adik aku nie... boleh tahan jugak gatalnya... tu tergagap-gagap nak jawab tu, naklah tu...

"Abang dah tengok ke gambar dia?" _____ bertanya. Excited pulak dia.

"Belum lagi... saja je abang tanya macam tu.... tak sangka pulak adik abang nie boleh tahan jugak gatalnya ye..." Fahrin mencubit pipi _____. Muka _____ kembali muram.

"Ala, tadi muka dah ceria dah... senyum la sikit.... nak suruh kahwin je, bukannya nak kena masuk tentera..." Fahrin cuba berseloroh lagi.

_____ tersenyum sedikit. "Iyela.... adik senyum la nie.... " kata _____.

"Dahlah tu... makan bubur nie, dah sejuk nanti tak sedap... abang yang masak ni tau..." kata Fahrin sambil mengambil mangkuk bubur dari dalam dulang.

"Ala, abang tipu.... dah terang-terang ibu yang hantar bubur ni tadi..." kata _____. Suaranya kembali ceria.

"Eh, tak percaya? Cuba rasa dulu..." Fahrin menyuapkan bubur ke mulut adiknya.

"Sedap tak?" tanya Fahrin. _____ mengangguk laju.

"Haa, kalau sedap....... memang bukan abang yang masak..." Fahrin ketawa. Dia memang tak pandai memasak. _____ turut sama ketawa.

Fahrin senang melihat adiknya ceria seperti itu walaupun dia tidak tahu apa isi hati adiknya ketika ini. Dia hanya berharap agar semuanya baik-baik saja.

(bersambung...)