Monday, July 25, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 9

(Masih lagi dalam proses pengenalan watak... hahaha!!!)

____________________________________________________

Hero's POV


"Assalamualaikum... oh, assalamualaikum!" laung Ashraf setelah tiba di perkarangan rumahnya.

"Waalaikumsalam..." terdengar suara seorang wanita menjawab salam. "Laa... Ashraf rupenya. Ingatkan siapa tadi... kenapa tak cakap nak balik?" tanya Puan Qasidah. Ashraf tersenyum lalu mencium tangan uminya.

"Umi nie macam tak suka jer Ashraf balik..." Ashraf buat-buat merajuk dengan uminya.

"Isyh, ade pulak cakap macam tu. Takdelah... maksud umi, kalau Ashraf bagitau nak balik, boleh umi masakkan lauk kegemaran Ashraf..." Puan Qasidah menerangkan.

"Ala, saje jer Yap nak bagi 'suprise' kat umi..." kata Ashraf sambil meniru gaya Eric Leong. Puan Qasidah tergelak kecil melihat gelagat anaknya itu.

"Dahlah tu... jomlah masuk..." kata Puan Qasidah pula.


"Abah mana umi?" tanya Ashraf.

"Abah ade kat ruang tamu tu, tengah tengok tv..." Ashraf terus meluru ke ruang tamu setelah mendengar jawapan dari uminya.

Ashraf terlihat bapanya sedang duduk di sofa sambil menonton tv.

"Assalamualaikum abah..."

"Waalaikumsalam... hah, Yap... dah lama sampai?" Ashraf mencium tangan Tengku Mansor.

"Baru je sampai bah... abah sihat?" tanya Ashraf sambil duduk di sofa bersebelahan bapanya.

"Abah sihat... adelah sakit sikit-sikit... biasalah tu orang tua..." Tengku Mansor tersenyum.

Sedang Ashraf leka bersembang bersama bapanya, terdengar seseorang memberi salam.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam..." Ashraf lantas menoleh. "Eh, Putera (sila bayangkan putera belang ye.. hehe...), kau pun ade? Bila kau sampai?" tanya Ashraf sambil bersalaman dengan Putera.

"Aku sampai semalam. Kebetulan semalam aku takde kelas, tu yang aku balik rumah tu..." Putera menerangkan.

"Ooo... eh, jom berborak kat luar. Lama aku tak jumpa kau ni." Ashraf bangun dari duduknya. Putera menurut langkah Ashraf.

Puan Qasidah muncul bersama dulang berisi minuman di tangan.

"Hah Ashraf, Putera... nak ke mana tu? Mehlah duduk minum dulu... umi dah siapkan nie..." Puan Qasidah mengajak.

"Kejap lagi la umi... nak ambik angin kat luar sekejap... lagipun, lama dah Yap tak berborak dengan Putera nie..." kata Ashraf. Putera mengangguk tanda setuju.

"Hmm... yelah." Puan Qasidah hanya mengelengkan kepala. "Tengoklah tu bang, diorang berdua tu kalau dah berjumpa, kita pun ditinggalkannya bang." kata-katanya ditujukan kepada suaminya pula.

"Ala, biarlah diorang tu. Diorang kan lama dah tak jumpa. Banyak benda nak cerita lah tu... awak nie takkan jeles dengan anak sendiri kot??" Tengku Mansor cuba menduga isterinya.

"Isyh, takde maknenye nak jeles-jeles... yelah, saya faham... diorang tu kan kembar, dari kecik lagi tak berpisah... ni pun nasib baik minat diorang tak sama, kalau tak susah nak pisahkan diorang nie..." balas Puan Qasidah pula.

Putera merupakan adik kembar kepada Ashraf. Mereka merupakan kembar tidak seiras kerana jika sesiapa melihat mereka, pasti tiada siapa yang tahu mereka merupakan pasangan kembar.

"Kenapa? Awak risau diorang tu tak kahwin ke?" tanya Tengku Mansor lagi.

"Takdelah bang, takut kalau dah kahwin nanti diorang masih nak berkepit jugak. Nanti terabai pulak bini diorang tu.." jawab Puan Qasidah.

"Dahlah, awak tak payah la nak risau... diorang tu dah besar panjang... pandailah diorang jaga diri... tau mana yang betul, mana yang salah..." Tengku Mansor memujuk.

"Yelah bang... abang nak makan? Saya dah hidangkan dah kat atas meja tu..." tanya Puan Qasidah pula.

"Mmm, boleh jugak. Awak pergilah panggilkan budak berdua tu." Puan Qasidah mengangguk.

"Ashraf, Putera!! Mari makan... umi dah siap hidangkan kat atas meja tu, karang dah sejuk tak sedap pulak..." laung Puan Qasidah dari muka pintu.

"Yelah, umi..." Ashraf dan Putera menjawab serentak lalu terus masuk ke dalam rumah.

___________________________________________________________________________

Your's POV

Di dalam kereta...

"Abang..." _____ memanggil abangnya.

"Ada apa?" jawab Fahrin.

"Abang tau tak kenapa ibu suruh adik balik arini?" ____ bertanya.

"Entahlah..." hanya itu yang keluar dari mulut Fahrin.

"Entah?" ______ bingung.

"Abang tak tau... tiba-tiba jer ibu suruh pergi jemput adik kat kolej." jawab Fahrin.

_____ hanya mendiamkan diri. Kepalanya masih lagi ligat memikirkan tujuan ibu dan ayah menyuruhnya pulang ke rumah.

Agaknya diorang nak buat 'suprise party' untuk aku kot. Tu yang diorang suruh aku balik. _____ ingin menyedapkan hatinya. Tiba-tiba Fahrin memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Eh! Apasal abang berhenti ni?" tanya _____ kehairanan.

"Jom... abang nak belanja adik makan KFC..." Fahrin tersenyum.

Ala abang ni, KFC aku dah selalu makan. Belanja la benda lain pulak. Seoul Garden ke, Coffee Bean ke... tapi, kata-katanya itu hanya diucapkan di dalam hati.

"Apasal tak keluar lagi ni?" tanya Fahrin apabila melihat adiknya tidak berganjak dari tempat duduknya.

KFC pun KFC lah... perut aku pun dah menyanyi dah ni. ______ lantas turun dari kereta.

(bersambung...)

p/s: hahaha... suka ati aku jer buat diorang ni kembar... bapak die name Tengku pulak sebab aku nak padankan dengan nama Putera tu... sorilah ye, citer aku setiap bab pendek2...hehehe, sebenornye aku tak sabar nk jumpe MY balik... lalalala~~~




6 comments:

  1. puahahahha..puahahahhaa..
    aku tersenyum sumbing bayang putera belang..
    OMG putera..hensem gila ah kembaq dua ekoq ni..
    mak siap panggil dia putera lagi tu..mmg tak leh blah..hahahaha

    ReplyDelete
  2. ohmaigod ohmaigod!!
    putera muncul!!aku terus tersengeh sengeh sampai hbs post ni..
    pas hbs baca terus aku golek golek atas katel..
    http://media.tumblr.com/tumblr_loyyxtU5nw1qfv97v.gif
    saya rindukan putera...

    ReplyDelete
  3. izah: hahaha... nk letak name lain takut bayang orang lain pulak... jd terpaksalah letak name putera... lalala~~~

    jeep: comel itu gif... aku xdpt bygkan kalo hg yg golek2 gitu... hehehe....

    ReplyDelete
  4. ngee....serius aku bleh bayang muke dua beradik kembar tu bile dorg bersembang, sorg muke ashraf muslim, yg sorg lg muka putera belang...wahhaha..mmg kacak siot!

    ReplyDelete
  5. kat atas katel leh golek sikit2 je..
    katel bojang kan..

    ReplyDelete
  6. aku duk byng dua beradik ni berbual sambil melepak kat nazri..
    pastu kt berempat dtg makan kat nazri..mmg smpai kesudah tak luak mknn duk tatap wajah hensem dua makhluk tu..

    ReplyDelete