Friday, July 22, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 8

(Tetibe rase nk apdet... walaupun masih xbest lagi citer nih.... hehehe...)

Keesokan harinya…

_____ bangun lebih awal hari ini kerana terlalu excited nak balik rumah. Setelah selesai mandi, _____ masuk semula ke dalam bilik.

“Happy Birthday!!!” jerit Lisa dan Zaqyah serentak. _____ sedikit terkejut.

“Isyh, korang ni. Suka buat aku terkejut tau. Nasib baik aku tak berkemban je tadi, kalau tidak abis terlucut tuala aku sebab terkejut. Eh, jap… korang sebut ape tadi?? Happy birthday?? Hari ni birthday aku ke? Hari ni berapa haribulan?” _____ menggaru-garu kepalanya yang agak gatal itu.

“Yelah, hari ni birthday kaulah. Hari ni kan 9hb. Amboi, busy sangat ke kau ni, sampai birthday sendiri pun boleh lupa?” tanya Zaqyah.

“Oh, ye ke? Hehehe… ala, dah terlupa, nak buat macam mana. Anyway, thanks la sebab wish kat aku.” _____ tersenyum.

Tiba-tiba Lisa menghulurkan sekotak coklat kepada _____. “Nah, ini untuk kau. Ini hadiah daripada kitorang berdua tapi ni jelah yang kitorang boleh bagi. Maklumlah, fulus dah kering.” Lisa tersengih-sengih.

_____ menyambutnya. “Thank Kyu… isyh, oklah ni. Aku tak kisahlah. Dah dapat kawan yang sengal macam korang ni pun dah kira best tau.” ____ berpelukan bersama kedua-dua rakan baiknya.

“Ni lagi satu benda yang aku musykil ni. Bila masa pulak kau boleh ada dalam bilik aku ni?” soalan _____ ditujukan kepada Zaqyah.

“La, kau tak perasan ke? Aku sembunyi dalam tong sampah hitam kat bilik air tu tadi. Bila aku tengok kau dah masuk bilik air, cepat-cepatlah aku masuk bilik kau.” jawab Zaqyah selamba.

“Oh, patutlah aku bau busuk semacam je dari tadi. Aku malas la nak tegur, sebab benda-benda pelik ni jangan tegur.” Mereka bertiga ketawa.

Tiba-tiba telefon _____ berdering.

“Eh, aku nak kena siap sekarang ni. Bapak aku dah sampai la.” ujar _____ setelah menjawab panggilan tadi.

“Hmm… oklah. Aku pun nak balik bilik aku la, nak sambung tidur. Bye, _____.” kata Zaqyah pula. Zaqyah melambaikan tangannya kepada _____ dan lambaiannya dibalas oleh _____.

_____ berlari-lari anak menuruni tangga menuju ke kawasan letak kereta. Sebentar tadi _____ telah pun mendapat panggilan yang ayahnya sudah berada di tempat letak kereta untuk menjemputnya. Setibanya _____ di situ, _____ terpandangkan sebuah kereta berwarna hitam yang amat dikenalinya. _____ tersenyum lalu terus menuju ke kereta tersebut. Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari kereta tersebut. _____ amat yakin bahawa itu bukanlah ayahnya walaupun lelaki itu membelakangkannya. _____ memerhati lelaki itu sekali lagi.

“Abang!!!” ______ menjerit sedikit setelah lelaki itu menoleh ke arah _____. _____ berlari ke arah abangnya lalu terus memeluk abangnya sekuat hati.

“Apa khabar adik abang nie??” soal Fahrin sambil mengusap-usap kepala adiknya lembut.

“Adik sihat Alhamdulillah. Abang macam mana? Bila abang sampai?” soal _____ pula. Pelukannya masih belum dilepaskan. Rindu benar _____ pada abangnya.

“Abang pun sihat Alhamdulillah. Kalau abang tak sihat takdelah abang datang jemput adik ni betul tak?” Fahrin tersengih. “Abang baru sampai pagi semalam. Ah, kejap.”

Fahrin menuju ke but kereta untuk mengeluarkan sesuatu. “Nah, ini untuk adik. Happy birthday!!” Fahrin menghulurkan sebuah teddy bear besar berwarna pink kepada _____. _____ menyambutnya lalu memeluk teddy bear tersebut seperti seorang kanak-kanak riang.

“Terima kasih abang.”

“Sama-sama. Suka tak?” ____ mengangguk. _____ menjenguk-jengukkan kepalanya pula ke dalam kereta.

“Ayah mana, bang?” _____ bertanya kehairanan.

“Ayah kat rumahlah. Kat mana lagi.” Fahrin menjawab.

“Tadi ayah call, dia kata dia dah sampai. Mana dia?” _____ tidak berpuas hati dengan jawapan abangnya.

Fahrin tergelak kecil membuatkan _____ bertambah hairan. “Kalau abang yang call tadi, takdelah surprise untuk adik. Betul tak?” kata Fahrin sambil mencubit dagu adiknya.

“Ooo…” _____ tersengih setelah memahami apa yang berlaku.

“Dahlah, jomlah balik. Nanti risau pulak ibu dengan ayah kat rumah tu.” kata Fahrin sambil menghidupkan enjin kereta.

(bersambung...)

4 comments:

  1. waaah!!!akhirnya anda update jua...yeah!!

    1)haha...sengih aku seketika bile nampak perkataan Kyu itu~
    2)sengal tul..bleh plak nyorok dalam tong sampah..hahaha
    3)oh bestnyer dapat teddy bear dari abang..eh, mesti si abang ni ensem kan? ehe~

    ReplyDelete
  2. eheh... sambungannya xkarang lagi... haha~~

    mmg sengaja je tulis gitu... hihihi...

    sebenonye teman nk letak gambo tp entah apsal ntah blogspot nie bengong.... sampai tulisan tu pun aku xleh nk tuko kaler die... xbest tul!! abang die mesti la kene ensem kan... hehehe.... baru syok!!

    ReplyDelete
  3. yeay akhirnya anda apdet..meh aku nk komen pepanjang

    1)bwaahhahahah sembunyik dlm tong sampah?gila sengal la kawan heroin neh..pastu kuar dari tong sampah masuk bilik org plak
    http://27.media.tumblr.com/tumblr_li5e4qS4U01qa7mkio1_500.gif

    2)benda pelek2 jgn tegur...eheheheheh..aku teringat Sal..lalallalalalla

    3)Fahrin!!!peluk fahrin!!!aku suka!!!
    http://media.tumblr.com/tumblr_lfdgziGUJZ1qar620.gif

    ReplyDelete
  4. eheh..kenpe post yg ni tak kuar kat dashboard??
    tak tau pun kemal dah update..sorik bc lambat..

    yay!akhirnya dah update jua..puasla dok menanti ni ha..

    ape kes nyorok dalam tong sampah??hahaha..sengal gile!

    Fahrin??aku dapat byngkan kehenseman makhluk2 dalam citer kemal ni..wow!

    ReplyDelete