Wednesday, December 28, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 12

(Saje try2 nak sambung cerita nie... mane tau boleh membawa ke idea yang lebih menarik... hehehe...)


________________________________________________________


(Your's POV)

"Adik.... adik!!!" terdengar suara ibu memanggil kamu. 

"Ye, ibu..." kamu menyahut dari dalam bilik.

"Marilah makan.... makanan dah siap nie..." ibu menjawab. Dengan serta-merta perut kamu berbunyi.

Eh, perut nie. Macam tau-tau aje. Tadi tak de pulak berbunyi. Ibu dah panggil baru nak bunyi. Isyh3... yelah... yelah... aku pergi makan sekarang ye... sabar ye perut.. eh, ape punye sewel la aku nie, dengan perut pun boleh bermonolog.

"Yelah, bu..." kamu bergegas ke meja makan.

Tiba di meja makan...

"Hah, keluar pun dari bilik tu... ingatkan nak mogok lapar tadi..." terdengar abang bersuara. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk. Entah kenapa mendengar suara abang kamu terasa begitu 'annoying' waktu itu.

"Eh, ibu... dengar tak bunyi tadi bu??? Macam ada dengar bunyi lalat la... tapi tak de pulak nampak lalat kat sini..." kamu sengaja menyindir abang kamu. Ibu kamu pula buat muka 'blur'.

"Hah?? Bunyi lalat?? Tak dengar pun..." kata ibu sambil mengibas-ngibaskan tangannya walaupun dia tidak melihat seekor lalat pun di situ.

Fahrin tau kamu sedang memerli dirinya. Jadi, dia tau kamu masih marah dengan kejadian siang tadi.

"Ooo... marah lagi rupanya. Yelah, abang mintak sori... takkan la pasal tu pun nak merajuk lama-lama..." Fahrin cuba memujuk kamu. Ibu yang 'blur' dari tadi mengangguk-angguk tanda faham. Ayah dan nenek yang turut berada di meja makan hanya mendengar.

Kamu tidak menghiraukan kata-kata abang kamu. Kamu duduk dan mula menyenduk nasi ke dalam pinggan kamu. Fahrin sudah berasa serba-salah. Dia rasa seperti dia telah membuat kesalahan yang sangat besar pada kamu.

"Ayah, ibu, nenek... makanlah..." kamu menjemput semua orang makan kecuali abang kamu. Itu telah membuatkan Fahrin semakin serba-salah. Fahrin mencuci tangan lalu bangun dari kerusi.

"Eh, Fa'in. Nak pergi mana?? Kenapa tak makan??" tanya ibu.

"Fa'in nak masuk bilik dulu la bu. Rasa macam dah kenyang pulak..." Fahrin terus berlalu dari situ. Masing-masing tercengang. Kamu juga hairan dengan sikap abang kamu. 

Aik, takkan dia pulak yang merajuk dengan aku. Alamak, aku takdelah serius pun tadi. Apasal pulak dia yang merajuk dengan aku nie?? Aduh, macam mana pulak nak pujuk nie?? Selalu aku macam nie, dia rileks je... apasal arini merajuk pulak?? Nie nak kena 'google' nie macam nak pujuk lelaki merajuk...

Kamu juga turut mencuci tangan dan meminta izin untuk masuk ke bilik. 

"Dah ape kena pulak anak-anak awak nie??" ayah bertanya pada ibu.

"Entahlah bang. Gaduh ke?? Diorang baru je jumpa takkan dah gaduh kot..." ibu juga bingung.

"Takpelah... biarkanlah diorang tu... kita makan la..." ayah berkata lagi.

__________________________________________________

"Tok! Tok! Tok!!" kamu mengetuk pintu bilik abang kamu. Tidak terdengar suara abang kamu menyahut dari dalam.

Waduh!! Nie betul-betul merajuk nie. Aku ketuk pintu pun dia tak menyahut. Susahlah macam nie...

Kamu hanya menggaru-garu kepala memikirkan cara untuk memujuk abang kamu. Kamu mengetuk lagi pintu bilik abang kamu berkali-kali namun masih tiada sebarang respon. Kamu akhirnya mengalah lalu berlalu pergi ke bilik kamu.

Di dalam bilik, kamu masih lagi memikirkan sikap abang kamu yang agak pelik itu. Kamu masih lagi tertanya-tanya bagaimana caranya mahu memujuk abang kamu. Selama ini, tidak pernah sekali pun abang kamu itu merajuk. 

Macam mane ek?? Takkan nak mintak tolong ayah dengan ibu kot... isyh, xmaulah... nak bagi bunga?? tak mungkin... tak mungkin... bukak pintu pun dia tak mau, macam mana nak bagi bunga...

Kamu kehabisan idea, selama ini hanya abang kamu yang selalu memujuk sekiranya kamu merajuk... kamu berguling-guling di atas katil sambil otak kamu ligat memikirkan cara memujuk abang kamu... 

Sudah lebih satu jam kamu berguling-guling mencari idea, namun tidak ketemu jawapannya... akhirnya, kamu terlelap tanpa kamu sedari... 

______________________________________________________

Keesokan harinya...

Kamu terjaga dari tidur... kamu lihat jam menunjukkan jam 6.40 pagi... kamu segera bangun menunaikan solat Subuh... setelah selesai, kamu sambung tidur semula... tetapi tiba-tiba kamu teringat tentang peristiwa dengan abang kamu semalam...

Kamu lantas meluru keluar dari bilik... kamu terlihat ibu kamu yang sedang menyediakan sarapan lalu kamu mendekatinya...

"Ibu, abang mana??" tanya kamu tiba-tiba.

"Opocot kodok!! Isyh, adik nie, terperanjat ibu... abang dengan ayah pergi surau... kejap lagi diorang balik la tu..." jawab ibu sambil mengurut dada tanda terkejut.

Kamu tergelak kecil, "Bu, bukan terperanjat ibu la... te'anjat boboi!! Baru betul..." kamu berkata sambil meniru gaya kumpulan Sepah dalam Maharaja Lawak.

Ibu hanya tersenyum. Tiba-tiba terdengar bunyi motor milik ayah kamu di luar rumah.

"Hah, tu pun diorang dah balik..." ibu terus meluru ke ruang depan untuk membuka pintu.

Kamu hanya duduk di meja makan menghidu bau harum nasi lemak buatan ibu kamu. Perut kamu sudah bernyanyi riang kerana sejak dari malam tadi kamu tidak makan. 

Kelihatan ibu, ayah serta abang kamu menuju ke meja makan. Kamu tersenyum melihat abang kamu. Namun, abang kamu buat tidak tahu saja. 

Ala, marah lagi ke?? Tak sangka pulak abang nie pun kuat merajuk jugak... susahlah aku macam nie... 

Kamu menggaru-garu kepala kamu... perut kamu semakin kencang bernyanyi, namun situasi tadi membuatkan kamu tidak lalu makan... kamu meminta izin untuk ke bilik... 

"Duduklah, Fa'in. Sarapan sekali..." ibu berkata.

"Takpelah bu... belum lapar lagi la... Fa'in masuk bilik dulu eh.." Fahrin juga berlalu ke bilik.

Ayah menggeleng-gelengkan kepala, "Diorang nie buat drama apa nie? Asyik tak nak makan je...". Ibu hanya mengangkat bahu.

(bersambung...)

4 comments:

  1. eh, ada sambungan..ehehhehe
    aik? abang merajuk?
    sampai ke pagi tu pulak merajuk
    mengapakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... aku pun tak tau nak buat ape sebab die merajuk... nanti ade idea aku citerkan... ngehehe...

      Delete
  2. abang merajuk??
    macam comel aje abg merajuk..
    kekekeke~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... mmg comel kalo abg merajuk... tp xtau nk pujuk cane...

      Delete