Thursday, September 15, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 10

(Hehehe... entah pape jer header aku buat... lantak la ek, janji ade makhluk hensem dua ekor tu udah le... kih3... ehem...ehem... nie nak komen sikit... setelah mengikuti fanfic anda baru2 ini, terdapat byk 'hot scene' dalam cerita anda... pergh!! mantop... bombastik... romantik... lastik... hahaha!!! adekah aku akan membuat perkara yg sama??? ngeh3... <------ sengih gatai!!!)
______________________________________________________________

Your's POV

"Aku nikahkan dikau dengan _____ binti _____ dengan mas kahwinnya RM80 tunai..." terdengar suara tok kadi melafazkan akad.

"Aku terima nikahnya _____ binti _____ dengan mas kahwinnya RM80 tunai..." suara pengantin lelaki pula menyambut. (bedal la akad nikah nie ek... aku main bantai je...)

Dengan sekali lafaz sahaja, kamu sudah pun bergelar isteri orang. Ucapan tahniah tidak henti-henti diucapkan oleh rakan-rakan kamu. Ada juga yang menjerit kegembiraan, macam dia pulak yang kahwin. Kamu pula tidak henti-henti menyambut salam orang ramai yang hadir. Lenguh tangan kamu menyambut salam mereka.

Sekarang tibalah masanya untuk upacara membatalkan air sembahyang. Dari jauh kamu telah terlihat kelibat pengantin lelaki yang sudah pun bergelar suami kamu menuju ke arah kamu untuk menyarungkan cincin. Walaupun akad nikah sudah selesai namun, gementarnya masih belum hilang lagi. Mata kamu tidak berkelip memandang suami kamu.

Tiba-tiba pandangan kamu dihalang oleh tubuh sasa abang kamu.

"Adik... adik..." Fahrin memanggil. Kamu cuba untuk menolak tubuh abang kamu tetapi tidak berhasil.

"Adik..." Fahrin memanggil lagi. Usaha untuk menolak tubuh abang kamu ke tepi masih juga tidak berhasil.

"Adik!!" Kamu tersentak lalu terjaga dari lena. Kamu melihat keadaan sekeliling. Hanya pokok-pokok yang kelihatan. Kamu terkebil-kebil seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihat.

"Adik..." terdengar suara abang kamu lagi. Kamu pantas menoleh.

"Adik nie kenapa?? Tidur sampai mengigau-ngigau nie??" tanya Fahrin. Sekarang barulah kamu sedar bahawa kamu masih lagi berada di dalam kereta abang kamu.

"Hah? Mengigau? Ye ke bang?? Adik cakap ape??" kamu bertanya pula sambil menggosok-gosok mata kamu menggunakan belakang tangan.

"Entah, ape benda entah adik merapu. Tu yang abang kejut tu... haa, nie mesti kes tidur tak basuh kaki nie..." Fahrin menjawab.

'Ape yang aku mimpi sampai boleh mengigau begitu sekali??'

Setelah puas berfikir, akhirnya kamu bertemu juga dengan jawapannya. Kamu tergelak kecil memikirkan mimpi kamu tadi.

"Laa... tadi mengigau, ni gelak sorang-sorang pulak... nape pulak nie??" tanya Fahrin lagi. Matanya masih ditumpukan ke arah jalan.

"Takde ape-ape lah bang... bang, kenape tak sampai lagi nie?? Lamenye... jauh sangat ke rumah kita??" kamu cuba mengalih topik.

"Ei, budak nie... tu tak nampak 'jammed' tu... memanglah tak sampai lagi..." Fahrin menjawab. Kamu melihat keadaan sekeliling lalu tersengih.

"Hehe, sorilah bang. Tak perasan pulak. Adik sambung tidur baliklah..." kamu berkata.

"Aik, tidur balik??" Fahrin menyoal.

"Yelah, tengok 'jammed' nie, macam lame lagi je nak sampai..." kamu menjawab sambil mata kamu liar mencari sesuatu.

"Bang, ade air mineral tak?" kamu bertanya. Mata kamu masih lagi mencari.

"Ade kat tempat duduk belakang tu... cuba cari kat tempat letak kaki tu... ade tak??"

Tiba-tiba mata kamu terpandangkan sebuah botol air mineral kecil. Air di dalamnya hanya tinggal separuh.

"Hah, jumpa dah..." kamu terus membuka penutup botol itu lalu menundukkan sedikit badan kamu ke tempat letak kaki. Fahrin sedikit hairan dengan perbuatan kamu lalu bertanya.

"Adik buat ape pulak tu??"

"Nak basuh kaki lah sebelum tidur, tadi abang kata adik tak basuh kaki..." kamu menjawab dengan muka selamba.

"Terburailah ketawa Fahrin ketika ini. Kamu yang melihat reaksi abang kamu turut tersenyum.

"Adik ni biar betul... abang main-main je tadi, yang adik buat betul-betul tu nape??" ketawa Fahrin masih belum habis.

"Ala, adik main-main jelah... abang tu muka 'stressed' sangat, adik buatlah lawak sikit... tengok, kan dah gelak..." kamu masih lagi tersenyum.

"Eh, mana ade abang 'stressed'... biasalah muka abang macam ni... takkanlah abang nak senyum jer, tak pasal-pasal orang kata gila pulak..." Fahrin membalas. Ketawanya semakin reda.

"Dahlah, jangan 'stress-stress' eh..." kamu berkata.

"Yelah, adikku sayang..." Fahrin mencuit dagu kamu sambil tersenyum. Kamu tersengih-sengih.

Setelah itu, kamu dan abang kamu kembali ke dalam dunia khayalan masing-masing. Kamu masih lagi memikirkan tentang mimpi kamu. Sekali-sekala kamu tersenyum-senyum seorang diri. Kelakar pula rasanya sekiranya kamu benar-benar berkahwin. Kadang-kala kamu rasa seronok pula bila dah berumahtangga. 

'Tapi... siapa pulak pengantin lelaki dalam mimpi aku tadi ek?? Ala, ni abang punya pasal la ni duduk tengah-tengah alam... tak dapat nak usha 'suami' aku tu... kalau la suami aku tu 'handsome', wiee~~ seronoknya!! tapi, kalau tak 'handsome', ala... tak syoknya...'

Kamu berangan-angan sendirian. Tanpa disedari, akhirnya kamu terlena sekali lagi. Fahrin yang sedang memandu hanya menggelengkan kepala.

bersambung...

p/s: haha, lama betul la scene dalam kereta ni... alamak, dah malas nak taip, sambung lain kali ek...=)

6 comments:

  1. ohoh,awak baca citer saya?oh saya malu..
    adegan panas dan suam2 kuku merata-rata..hahahaha..
    mati2 ingt kawen betol2 rupanya mimpi..
    dan2 nak basuh kaki dlm kete jugak..
    hahahaha..
    smbung lah..mmg kawen betol2 ke nnt ni?

    ReplyDelete
  2. eheh... sy tgk warning anda dulu... kalo ade scene2 gitu, sy bacalah... lalala~~~

    kompem kawen kot... tujuan utama mmg nk buat citer kawen paksa pun... hehehe....

    ReplyDelete
  3. erk! maluw nyee i dengan scene hot sebegitu..mwahahahhaa!!!!sampai skrg aku dah tak bleh nak sambung naip dah...lalaangautakhengatlala

    pergh~ aku ingatkan bebetul kawen dah, sebab tetibe je..pastu aku duk check post lepas, mana tau aku tertinggal bace ke..bace lg rupenye mimpi..hehehhe...terbaek mimpi tu..

    dan sungguh sengal yer heroin bleh plak nak basuh kaki dalam kete...kah3~

    ReplyDelete
  4. terer ar anda2 sume nie wat scene gitu... dahsyat!! keh3...

    tapi biasenye mimpi kan tak same ngan realiti... hehehe... tapi aku nk buat mimpi same ngan realiti... hahaha!!

    aku nak buat citer nie sengal2 jer, xdelah romantik sgt... kirenye kisah cinta sengal la macam tu... lalala~~~

    ReplyDelete
  5. kepala otak telah dicemari oleh novel2 dan drama2, maka jadilah scene sebegitu...ekhem~pengalaman sendiri tiada yer...mwahahhaa

    oh..sengal2 la best...xde la tensen berkerut dahi membaca, bleh bergelak ketawa..=)

    ReplyDelete
  6. eheh... harap2 anda semua bolehla bergelak ketawa... yg seterusnya dah dikarang tapi malas mau taip... hahaha... esok maybe ade mood nk taip kot.... hee~~

    ReplyDelete