Sunday, April 3, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 1

Jarum jam loceng telah menunjukkan pukul 9.30 pagi.

“Alamak, aku dah lambat!!” omel ______ sambil menolak selimut dengan sekuat hati. Bantal-bantalnya yang bertaburan di lantai tidak diendahkan. Dia terus mencapai berus dan ubat gigi sambil berlari menuju ke pintu. Belum sempat _______ membuka pintu....

“Bukk!!” satu hentakan yang kuat mendarat tepat di dahinya.

“Oi _____! Kau okay ke ni? Sorilah, aku tak perasan pun kau ada depan pintu.” Lisa merangkap roommate _______ terus mendapatkan ________ yang sedang memegang kepalanya yang berdenyut akibat hentaman yang kuat tadi.

“Kau ni lain kali tengok-tengoklah dulu kalau nak buka pintu tu, ini tidak... main redah je.”ujar _______ sambil menyeringai menahan sakit.

“Ala, kan aku dah kata sorry tadi. Hah! Kau ni pun satu, yang kau kelam-kabut macam ada fire drill ni kenapa pulak?” soal Lisa sedikit kebingungan.

________ yang sedari tadi menyeringai menahan sakit telah mula melopongkan mulutnya. Lantas, dia bangun meninggalkan roomatenya yang kebingungan itu.

“Apa kena la si ______ ni? Aku tanya tak nak jawab pulak. Hei... macam-macamlah dia ni.” Gerutu Lisa di dalam hati.

____________________________________________________________________________

Beberapa minit kemudian, muncul _______ di muka pintu sambil tuala tersangkut di lehernya.

“Aik! Cepatnya kau mandi?” soal Lisa sambil tangannya ligat menaip mesej. Mesej pakwe la tu!

________ hanya tersengih. “Aku sebenarnya dah lambat ni. Tadi tu aku mandi P.Ramlee je...” masih tak lekang sengihan di bibirnya itu.

“Oh, patutlah kelam-kabut semacam. Rilekslah, kelas kau pukul 10 kan? Sekarang baru pukul 9.40. Awal lagi ni... ” Lisa sudah malas mahu melayan kerenah roomatenya itu.

“Aku bukan ada kelas, tapi aku ada test hari ni. Okaylah, aku pergi dulu...Assalamualaikum!” dalam pada dia mengejar masa, masih sempat lagi dia menenyeh lip balm di bibir. Lisa hanya tergelak kecil melihat perangai rakannya itu.

Belum sampai beberapa saat, pintu biliknya terbuka. _______ muncul di muka pintu sambil tersengih macam kerang expired.

“Eh, apasal kau masuk balik ni?” tanya Lisa kehairanan.

“La, kau tak perasan ke? Aku terlupa pakai tudung la...” jawab ______ masih lagi tersengih.

Berderailah tawa Lisa apabila mendengar jawapan dari mulut _______ itu. ________ lantas mencapai tudungnya yang tersangkut di almari lalu terus menyarungnya.

“Alamak!”

________ yang sedang membetulkan tudungnya terus menoleh. Dia yang sudah mengetahui apa yang berlaku hanya tersenyum sinis.

“Hah, tu lah. Gelakkan aku lagi. Itu mesti kau terlupa nak taip apa kat mesej kau kan? Lain kali gelakkan la aku lagi. Hmph, padan muka kau!” balas _______ puas.

“Eleh, tak pe. Aku boleh tengok balik mesej tadi. Alah...” Lisa mengeluh.

“Hahaha... tu mesti dah ter’delete’ la tu.” kata _______ lagi sengaja mahu menyakitkan hati roommatenya itu.

“Ni semua kau punya pasal lah ni. Buat lawak pagi-pagi buta. Nasib baik terlupa pakai tudung, kalau terlupa pakai baju tadi macam mana?” Lisa terkekeh-kekeh ketawa.

“Isyh, kau ni. Aku terlupa pakai tudung ni pun dah cukup malu tau.” jawab _______ sambil memuncungkan bibirnya.

“Dahlah, aku dah lambat sangat dah ni. Layan kau, sampai Raya tahun depan pun belum tentu habis.” _______ bergegas keluar dari biliknya. Lisa hanya tersengih memandang _______.

______________________________________________________________________________

_______ berlari-lari anak menuju ke dewan utama. Tiba-tiba kedengaran lagu Ring Ding Dong dendangan Shinee bernyanyi riang daripada handphone jenama Nokia 5730 Xpress Music kepunyaannya. _________ sudah terkial-kial mencari handphone di dalam begnya yang penuh dengan barang itu.

“Bukk!!” sekali lagi kepalanya berlaga dengan sesuatu.

“Ya Allah! Apa kena dengan aku ni, asyik langgar benda je dari tadi...” gumam _______ mengenangkan nasibnya yang malang hari ini.

“Benda..?” terdengar satu suara yang garau.

Eh! Oranglah, aku ingatkan tiang tadi. Keras betul badan dia sampai sakit kepala aku ni. ________ bermonolog sendiri.

“Erk..saudara, saya minta maaf la tadi saya tak perasan pun saudara lalu kat sini tadi.” Ujar _______ sambil tangannya pantas mengemas barang-barangnya yang bertaburan di lantai.

Diam. Tiada sebarang respond. _______ mengangkat mukanya. Hampir terlopong mulutnya melihat satu renungan tajam daripada lelaki yang dilanggarnya tadi.

Umang ai... garangnya muka dia ni... seram pulak aku tengok. _______ hanya berkata di dalam hati.

“Sorrylah ye.. saya betul-betul tak perasan tadi.” ________ meminta maaf sekali lagi.

Namun, lelaki tersebut hanya tersenyum sinis lalu terus berlalu pergi.

Eh, mamat ni! Aku dah minta maaf elok-elok, dia buat tak tahu je. Berlagak betul! _______ melihat jam di tangannya. “Uik, dah pukul 9.59 pagi. Ni semua mamat tu punya pasal la ni, kan aku dah lambat. Isyh!” ________ terus berlari-lari anak menuju ke dewan utama.

Hero’s POV

Setelah pasti perempuan yang dilanggarnya tadi itu telah menghilang, dia terus memegang dadanya yang sakit. Adli, rakannya yang perasan perubahan Ashraf itu terus bertanya dengan nada yang amat risau.

“Eh Yap, kau kenapa nie?” tanya Adli sambil memegang lengan Ashraf.

“Sakit siot budak tu langgar tadi. Keras betul la kepala dia.” balas Ashraf sambil tangannya mengurut-urut dada.

“La, tadi aku tengok kau bukan main cool lagi, siap senyum sinis lagi kat budak tu.” kata Adli yang sudah mula tergelak kecil.

“Ala, kau ni. Buat-buat tak tau pulak. Mestilah aku kena control macho depan dia. Takkanlah aku nak tunjuk yang aku sakit depan dia... malu la aku.” balas Ashraf lagi. Sakit di dadanya sudah semakin reda.

Adli sudah tidak dapat menahan tawanya. “Apalah kau ni, baru kena langgar sikit dah tak tahan sakit.” kata Adli. Ketawanya masih belum berhenti.

“Oh, kau ketawakan aku ye... cubalah kau try kena langgar dengan budak tu, baru kau tau sakit ke tak.” balas Ashraf yang sakit hati ditertawakan oleh Adli.

“Takdelah, aku tengok budak tu tak ade apa-apa pun. Kau pulak yang lebih-lebih sakit. Hairan jugak aku, budak tu yang perempuan ke kau ni yang perempuan?” kata Adli sambil cuba untuk menahan tawanya.

“Amboi, mulut kau ni... memang tak ada insurans kan? Sedap-sedap mulut kau je nak kata aku ni perempuan. Eii, nasib baiklah kau ni kawan baik aku, kalau tak dah lama dah penumbuk aku ni singgah kat muka kau.” marah Ashraf sambil menunjukkan penumbuknya di muka Adli.

Adli mengelakkan sedikit mukanya dari penumbuk Ashraf.

“Ala, kau ni. Aku gurau jelah. Janganlah marah. Nanti aku belanja makan aiskrim, nak?” Adli tersengih.

“Kau ingat aku ni budak-budak ke yang kau nak belanja makan aiskrim ni? Lain la kalau kau belanja aku makan McDonalds ke, KFC ke, Kenny Roger’s ke...oklah jugak. Ni nak belanja aku makan aiskrim...” Ashraf mencebikkan bibir.

“Aku tengah sengkek ni, kau nak mintak macam-macam pulak. Tak nak sudahlah...” balas Adli lalu terus berlalu pergi.

“Ek eleh dia ni, tadi bukan main lagi kutuk aku macam perempuan, ni dia pulak yang merajuk macam perempuan.” Ashraf berkata-kata di dalam hati.

“Eh Li, nak pergi mana tu? Tunggulah aku... ala, takkan aku gurau sikit pun dah nak merajuk. Macam perempuan la kau ni...” kata Ashraf sambil terus mengejar Adli.

Ali menghentikan langkahnya lalu menoleh. “La, nak pergi kelas la. Habis tu, takkan nak tercongok jer kat situ sampai malam...” kata Ali lantas meneruskan langkahnya.

“Eh! Ya tak ya lah, aku lupa la pulak.” Ashraf menggaru-garu kepalanya yang memang gatal itu.


(bersambung...)

No comments:

Post a Comment