Tuesday, April 12, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 7

______________________________________________________

Hero’s POV

Ashraf berjalan terhencut-hencut menuju ke biliknya. Hatinya masih lagi sakit dengan perbuatan ______ terhadapnya. Tapi, memang padanlah dengan muka dia, siapa suruh dia cari penyakit.

Tiba di bilik, dia melihat Adli sedang tidur. Nasib baik dia tidur, kalau tidak mesti dah kena bebel. Ashraf berkata-kata di dalam hati. Ashraf terus menuju ke katilnya. Kakinya yang masih sakit diurut-urut perlahan.

“Ai, Yap! Dah lama ke kau balik?” Adli bertanya sambil menggosok-gosok matanya.

Ashraf sedikit terkejut. “Kau ni! Tak reti nak bagi salam dulu ke?” Ashraf marah.

“La, takkan nak cakap dengan kau dalam bilik pun kena bagi salam jugak? Yelah, yelah.... aku mintak sori ye.... assalamualaikum encik Ashraf, encik Ashraf dah lama ke balik?” Adli bertanya dalam nada mengejek.

“Hah, macam tulah. Tak encik Adli, saya baru je sampai tadi.” Ashraf hanya melayan.

Mereka berdua tergelak kecil. Geli hati dengan gelagat sendiri.

“Hah, tu apasal pulak kaki tu?” Adli terperasan Ashraf mengurut-urut kakinya.

“Aaa... aku... aku terjatuh tadi masa nak naik tangga.” Ashraf cuba berdalih.

“Ye ke? Kenapa aku rasa macam bukan je...” kata Adli sambil berfikir.

“Yelah... kenapa? Kau rasa aku tipu kau ke?” Ashraf cuba berdalih lagi.

“Haah, aku bukan setakat rasa je, aku memang tau kau tipu aku.” kata Adli lagi yakin.

Adoila mamat ni! Macam tau-tau je. Tak boleh nak tipu sikit. Isyh!

“Betul tak apa aku cakap? Baik kau bagitau aku betul-betul.” Adli ingin mendapatkan kepastian.

“Yelah, yelah.... aku tak jatuh tangga...” Ashraf mengalah.

“Habis tu?”

Ashraf teragak-agak untuk memberitahu. “Aaa... aku...” belum sempat Ashraf bersuara, Adli telah memotong percakapannya.

“Hah, aku rasa aku tau kenapa kaki kau jadi macam tu. Mesti sebab perempuan aritu kan?” Adli meneka.

Ashraf terdiam. Setelah agak lama, dia mengiyakan pertanyaan Adli itu.

Adli tertawa kecil. “Aku dah cakap dah. Mesti kau yang kena balik punya. Tapi, ada satu benda la aku nak cakap kat kau...”

“Apa dia?” Ashraf mengerutkan dahi.

“Padan muka!!!!” kata Adli sambil mengangkat kedua ibu jarinya. Ashraf lantas membalingnya dengan bantal. Adli mentertawakannya. Ashraf juga turut tersenyum mengenangkan nasibnya yang malang itu.

“Weyh, aku rasa aku nak balik kampung la besok.” Ashraf bersuara setelah suasana reda.

“Aik, apasal pulak? Tiba-tiba je nak balik kampung ni...” Adli hairan.

“Saje je nak balik, jenguk mak ayah aku. Aku kan dah lama tak balik kampung.” Ashraf menjelaskan.

“Oo... aku ingatkan kau nak bertunang tadi.” Adli bergurau.

“Isyh, sampai ke situ pulak. Makwe pun takde, nak bertunang macam mane.” balas Ashraf.

“Manalah tau kau dah ada makwe tapi tak nak bagitau aku.” Adli tersengih.

“Entah-entah kau tu yang ada makwe tapi tak nak bagitau aku kot?” Ashraf menyindir Adli pula.

“Takdelah.” Adli menjawab pendek lalu terus bangun dari katilnya.

“Nak pergi mana pulak tu?” soal Ashraf.

“Nak pergi mandi la. Kau tengok sekarang dah pukul berapa.” Ashraf melihat jam tangannya. Hampir pukul 12 tengahari.

“Yelah, kau pergilah mandi.” kata Ashraf lalu merebahkan badannya di atas katil.

____________________________________________________

Your’s POV

_______ sedang mengemaskan sedikit barang-barangnya untuk dibawa pulang ke rumah. Lisa tiba-tiba menegurnya.

“Eh, kau nak pergi mana pulak ni? Siap kemas barang lagi..”

“Aik, aku tak ada bagitau kau ke?” _______ menggaru kepalanya.

“Bagitau apa?” Lisa bertanya lagi.

“Mak aku call semalam, dia suruh aku balik rumah besok.” jelas ______.

“Oo... kenapa?”

_______ mengangkat bahu. “Tak tau, dia kata ada perkara nak bincang.”

“Uik, macam serius je bunyinya...” kata Lisa.

“Tulah, aku pun saspen jugak ni.” balas ______ pula.

“Kau nak ikut aku balik?” tanya ______ kepada Lisa.

“Eh, takpelah. Lagipun mesti mak kau nak bincang hal keluarga kan? Aku tak nak la kacau pulak nanti.” Lisa menolak tawaran _______.

“Okay, nanti kalau kau nak pesan apa-apa, bagitau jelah eh...” _______ tersenyum.

Lisa hanya mengangguk. ______ masih terus mengemas begnya. Perasaannya bercampur-baur. Entah apalah agaknya yang hendak dibincangkan oleh mak dan ayahnya.


(bersambung...)

Saturday, April 9, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 6

(Sebenarnya aksi-aksi ganas dalam citer ni aku nak buat kat orang, tapi xleh sebab aku kan 'terlalu baik'.... kah3... jadi aku apply dalam citer jelah... hehehe...)

____________________________________________________

Narrator’s POV

Setelah selesai solat Subuh, _____ duduk di meja belajarnya untuk melayari internet. Dia ingin mencari sumber-sumber rujukan yang sesuai untuk assignment yang diberikan oleh Prof. Azhar beberapa minggu yang lalu.

Setelah hampir setengah jam menghadap laptop, masih tiada lagi rujukan yang sesuai untuk assignmentnya. ______ bercadang untuk ke perpustakaan memandangkan hari ini takde kelas.

______ cuba mengajak Zaqyah untuk pergi bersama tetapi Zaqyah memberi alasan yang dia mengantuk. Jadi, ______ pergi ke perpustakaan seorang diri. Apabila tiba di perpustakaan, seperti biasa beg perlu diletakkan di dalam lokar yang disediakan di luar.

______ mengambil beberapa buah buku yang berkaitan dan terus menuju ke tempat agak tersorok dari pandangan orang. Belum sampai beberapa saat, matanya terpandangkan seseorang.

_______________________________________________________

Your’s POV

Eh! Muhammad Yunho la. Dia buat apa kat sini ek? Eh, boleh pulak aku tanya, kalau dah ada dalam library mestilah nak pinjam buku. Wah! Handsomenya ini orang. ______ bermonolog di dalam hati. Tanpa disedari, senyumannya sudah meleret sampai ke telinga.

Buku-buku di hadapannya tidak diendahkan. Matanya tetap pada lelaki yang digelar Muhammad Yunho itu.

Tiba-tiba MY (Muhammad Yunho) yang sedang duduk di atas kerusi itu bangun lalu menuju ke arah ______.

Alamak! Apasal pulak dia datang kat aku ni? Dia perasan ke aku usha dia tadi? ______ masih bermonolog di dalam hati. Tudungnya dibetulkan supaya kelihatan kemas. Matanya ditumpukan ke arah buku di hadapannya. Takut-takut lelaki itu perasan _____ sedang memandangnya.

MY semakin menghampiri ______. Entah kenapa dada _______ berdebar-debar ketika ini. Setelah hampir di tempat duduk _____, MY tidak menghentikan langkahnya malah dia terus menuju ke bahagian belakang tempat duduk _______. _______ menoleh ke belakang secara curi-curi.

Ceh! Ada kawan dia rupanya kat belakang aku ni. Macam mana la aku boleh terfikir yang dia nak jumpa aku. Isyh, malunya. Nasib baik aku sorang je kat sini, kalau ada Zaqyah tadi, kompem dia gelakkan aku. Dah alang-alang dia ada kat belakang aku ni, baik aku pasang telinga.

Terdengar MY bersuara. “Weyh, jom lah duduk dengan kitorang kat sana. Boleh discuss pasal presentation ni sama-sama.”

“Ok, jomlah.” rakannya membalas.

Isyh, aku baru nak pasang telinga. Dia dah ajak kawan dia pergi tempat lain pulak. Tapi kalau tengok pada buku yang ada kat atas meja dia tu, dia ni mesti ambik course Biologi. Hehehe, satu info baru ni. ______ tersengih tetapi cepat-cepat dia menekup mulutnya kerana bimbang ada orang perasan.

Kalau orang nampak ni, mesti diorang kata aku gila! Tiba-tiba telefonnya yang dalam mode silent itu bergetar di atas meja. Mesej dari Lisa.

Kau still kat library lagi ke?

_______ membalas.

Haah, kenapa?

Handphone ______ bergetar lagi.

Aku ingat nak ajak kau pergi kafe. Tapi kalau kau ada kat library lagi xpelah.

______ segera membalas.

Eh, aku nak ikut. Duduk sini lama2 pun aku xleh nak focus... hehehe...

Mesej masuk lagi.

Oklah, aku tunggu kau kat kafe tau.

Ok. Aku pergi pinjam buku dulu nanti sepantas kilat aku sampai.

_______ dengan pantas mengemas buku-buku di atas meja lalu terus menuju ke kaunter peminjaman buku. Setelah selesai, ______ terus keluar dan mencapai begnya yang terletak di dalam lokar.

__________________________________________________

Di kafe.

“Wah, cepatnya kau sampai.” kata Lisa kepada _______ yang sudah tercongok di meja kafe.

“Kan aku dah kata tadi sepantas kilat aku sampai,” ________ tersengih.

“Jomlah. Lapar ni.” Lisa menarik tangan _______.

“Eh, kejap. Nak ambik dompet.” _______ membuka begnya untuk mengambil dompet tapi tiba-tiba dia terpandangkan sesuatu.

“Aaaaahhhhh!!” _______ menjerit sekuat hati. _______ dengan spontan membaling beg di tangannya.

“Weyh, kau kenapa?” Lisa sedikit terkejut dengan jeritan ______.

“Ada cicak dalam beg aku...” ______ masih lagi terperanjat. Dalam dia ketakutan itu, dia terpandangkan seseorang sedang mentertawakannya. ________ sudah tahu siapa yang meletakkan cicak itu ke dalam begnya.

“Isyh, nak kena mamat ni!” ujar ______ geram. Dia terus menuju ke arah Ashraf.

“Hei, awak ni kenapa? Dah tak ada kerja lain ke?” _______ kelihatan marah sekali.

“Itu balasan untuk orang yang simbah air kat muka saya semalam.” Ashraf tersenyum sinis.

“Oh, ni kira kes balas dendam la ni?” tanya ______.

“Sekarang kita dah seri.” ujar Ashraf pula.

_______ tersenyum mengejek. “ Belum lagi...” kata _______ lalu terus memijak kaki kanan Ashraf.

“Ei, awak....” Ashraf mengerang kesakitan. _____ belum berpuas hati, dia menyepak lutut kiri Ashraf pula. Ashraf sudah terduduk melutut.

“Sekarang baru kita seri!” ujar _____ puas. ________ meninggalkan Ashraf sendirian di situ. Seleranya sudah hilang. Dia terus mengambil beg dan balik ke bilik. Lisa hanya memerhatikan langkah ______.

(Isyh, ganas betul pompuan nih... hehehe.... bersambung...)

Thursday, April 7, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 5

(Maaf la ye... cerita sy bosan la... belum idea yg mengancam... huhuhu...)

______________________________________________________________

“Isyh, awak lagi! Tak de orang lain ke nak jumpa?” kata _____ agak kecewa. Ashraf masih lagi tidak mengangkat kakinya.

“Angkatlah kaki tu, orang nak ambik duit la...” ______ bengang dengan Ashraf.

Permintaan ______ langsung tidak diendahkan. Ashraf hanya membuat muka selamba.

“Hei, awak ni tak de telinga ke? Ke telinga awak tertinggal kat rumah? Awak tak faham ke saya cakap tadi?” suara _______ mula meninggi.

Ashraf masih lagi dengan muka selambanya. _______ semakin menyirap. Tiba-tiba _________ terpandangkan gelas yang masih mengandungi sisa-sisa ais didalamnya. Dalam diam, ______ mencapai gelas tersebut. Hehehe... siaplah kau!

Dengan pantas, ________ menyimbah air tersebut ke muka Ashraf. _______ meletakkan semula gelas itu di atas meja lalu terus berlari sekuat hati.

“Wei, korang! Jom cepat!” ________ sempat lagi mengajak.

Setelah tiba di kawasan yang agak jauh dari lelaki itu, berderailah ketawa ________.

“Hahaha... padan dengan muka dia! Tulah, nak kenakan aku lagi, rasakan!!” ujar ______ berpuas hati dengan tindakannya tadi.

“Isyh, kau ni kenapa? Tak baik tau buat orang tu macam tu...” kata Lisa agak kurang senang dengan tindakan ______. Dia masih termengah-mengah selepas berlari tadi.

“Kau kenal ke mamat tadi tu? Handsome la weyh...” Zaqyah sudah tersengih-sengih.

“Ceh, sempat lagi tu!” ujar Lisa.

“Biasalah, peluang keemasan mesti dikaut.” kata Zaqyah masih lagi tersengih.

“Hah, kalau korang nak tau, mamat tu la yang berebut dadih dengan aku pagi tadi.” _______ menjelaskan.

Zaqyah terlopong. Seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh _______.

“Wah! Beruntung la kau dapat berlanggar dengan lelaki handsome macam tu.” ujar Zaqyah masih lagi excited.

“Kau ni tak habis-habis dengan lelaki handsome. Kalau ikut apa yang aku belajar masa sekolah dulu, tahap kau ni dah wajib kahwin tau!” ______ memerli Zaqyah.

“Nak... nak!!!” jawab Zaqyah. Dia mula terloncat-loncat macam budak kecik.

“Sah! Memang sah kau dah sewel...” ______ mengangguk-anggukkan kepala.

“Eleh, kalau aku ni dah wajib kahwin... kau pun dah wajib kahwin jugak la kan?” Zaqyah menyoal.

“Eh, apasal pulak?” _______ tidak mengerti.

“Tadi masa kau nampak mamat yang muka macam Yunho tu, kau tersengih lebar sampai ke telinga.” Zaqyah mengangkat-angkat keningnya.

______ sedar bahawa dirinya pun sama saja. Tiba-tiba dia malu sendiri. Apalagi, tayang gigi la!

“Dahlah, jomlah balik!” ________ menarik lengan Zaqyah dan Lisa.

______________________________________________________

Hero’s POV

Adli tidak berhenti-henti lagi ketawa sejak dari kedai makan tadi. Ashraf hanya merenungnya tajam dengan hati yang membara.

“Oi, sudah-sudahlah tu gelakkan aku.” ujar Ashraf cuba untuk meredakan tawa Adli. Mukanya yang masih basah dilap menggunakan tuala.

Adli yang perasan akan perubahan wajah Ashraf cuba untuk menahan tawanya walaupun masih ada sisa-sisa.

“Itulah, aku dah bagitau kau jangan, tapi kau nak buat jugak. Tengok sekarang siapa dah kena.” kata Adli setelah tawanya reda.

“Yelah... yelah... aku tau la salah aku. Tapi aku tak kira, aku akan balas dendam jugak. Perempuan sengal tu dah malukan aku dua kali tau hari ni.” Ashraf merancang untuk mengenakan perempuan itu kembali.

“Kau nak buat apa pulak ni Yap? Kau jangan nak buat benda bukan-bukan pulak. Nanti kena lagi macam tadi baru padan muka kau!” Adli memprotes.

“Adalah. Mana boleh bagitau.” Ashraf tersenyum sinis.

“Suka hati kaulah Yap. Nanti yang kena engkau, bukan aku. Aku tak nak masuk campur.” Adli memalingkan badannya menghadap meja. Dia mahu menyelesaikan assignment yang diberi oleh pensyarahnya pagi tadi.

Ashraf sudah tidak mengendahkan kata-kata Adli. Dia sudah mula memasang rancangan untuk mengenakan _______.


(bersambung...)

Wednesday, April 6, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 4

_______________________________________________________

Your’s POV

__________ tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada tugasan yang diberikan oleh Prof. Zubir. Perutnya sudah mula berkeroncong kerana tidak diisi sejak dari pagi lagi. __________ bangun dan terus menuju ke meja belajar Lisa.

“Lisa, kau lapar tak? Jom kita keluar makan.” tanya ________ sambil melabuhkan punggungnya di atas katil Lisa.

“Aku on je. Lagipun aku pun bosan ni. Soalan Prof. Ramli ni susah la. Penat aku fikir jawapan tapi tak dapat-dapat.

“Aku ajak Zaqyah sekali eh?”

“Okay.”

___________________________________________________

Sementara menunggu makanan sampai, mereka bertiga berborak-borak kosong.

“Hah, ________. Tadi kau kata nak cerita kat aku apasal muka kau masam tadi. Ceritalah.” Lisa meminta.

__________ pun menceritakan apa yang berlaku daripada dia berlanggar sampailah perebutan dadih.

“Eh, apasal aku tak tau pasal ni?” tanya Zaqyah terpinga-pinga.

“Bukan kau pergi kafe dengan aku ke tadi? Macam mana pulak kau boleh tak tau?” _________ juga hairan.

“Maybe masa aku pergi toilet kot..” Zaqyah cuba meneka.

“Kau ada pergi toilet ke tadi? Tak perasan pulak aku.” _________ tersengih.

“Lepas aku pergi toilet tu, aku ada jugak cari kau tapi kau dah hilang, tu yang aku terus balik bilik tu.” Zaqyah menjelaskan.

“Aku berebut dengan lelaki yang aku langgar pagi tadi tulah. Adoi, malang betul la nasib aku bila jumpa dia.” _________ mengeluh.

“Hah, ye ke? Ala, rugi la aku macam tu...” Zaqyah memuncungkan bibirnya.

Beberapa minit kemudian, makanan mereka pun sampai. Baru sahaja _________ ingin menyuapkan nasi ke mulutnya, dia terpandangkan seseorang. Hampir terbeliak biji mata ________ apabila melihatnya.

__________ menyiku lengan Zaqyah. “Zaqyah, kau tengok mamat tu. Muka dia sebijik macam Yunho TVXQ kan?” kata _________ sambil memuncungkan bibirnya.

“Hah? Mana? Mana?” Zaqyah kelam-kabut mencari.

“Isyh, kau ni. Rilekslah. Tu hah yang tengah berdiri kat hujung tu.” __________ memuncungkan bibirnya lagi.

“Yang tengah pegang handphone tu ke?”

“Ye la.”

“Haah lah, memang sebijik la. Memang dia kot...” kata Zaqyah setelah jumpa apa yang dicari.

“Takkanlah dia boleh berjalan-jalan sesuka hati je kat sini. Kalau kau tengok betul-betul, dia ada muka Melayu la. Waah!! Handsome giler!!!” _________ sudah tersenyum lebar hingga ke telinga.

“Iyelah, handsome giler!! Eh, kau tau tak nama die?” Zaqyah semakin excited.

“Tau. Nama dia Muhammad Yunho...” jawab ________ selamba.

“_________, aku student bukan stupid okay. Takkanlah nama dia macam tu kot.” balas Zaqyah marah.

“Tau pun. Aku pun baru nampak dia first time, takkanlah aku dah tau nama dia kot. Kau ingat ada tulis nama ke kat dahi dia tu?” ________ menjawab.

Zaqyah sudah mula menayangkan gigi apabila menyedari akan kesilapannya.

“Sorrylah __________. Aku terlalu excited sangat tadi. Nampaknya aku memang stupid la ni.” Zaqyah menunjukkan riak wajah sedih.

“Kau yang cakap, aku tak cakap apa-apa.” kata _________ sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Ei korang! Korang cerita pasal apa ni? TVXQ tu ape menatang pulak?” Lisa yang membisu sejak tadi bersuara.

_________ dan Zaqyah yang sedang leka berborak terus menoleh. Mereka berdua terkejut melihat pinggan Lisa yang sudah licin-licau itu.

“Uik, cepatnya kau habis makan.” kata Zaqyah sedikit terkejut.

“Korang la, asyik berborak je dari tadi. Nasi tu pun korang tak sentuh lagi.”

Dengan pantas, __________ dan Zaqyah menyuap nasi ke dalam mulut mereka. Dalam masa 5 minit, nasi di dalam pinggan habis ditelan.

“Wah, pantas!” kata Lisa. __________ dan Zaqyah hanya tersengih.

_________ mula mencari kelibat jejaka handsome tadi.

“Ala, dia dah blah la... tak sempat aku nak cuci mata.” kata ________ hampa.

“Boleh tahan jugak gatal kau ni ye...” kata Zaqyah. _________ tersengih-sengih.

“Dahlah, jom balik. Tutorial aku tak siap lagi ni.” Mereka bertiga terus menuju ke kaunter pembayaran. Semasa ________ sedang memasukkan duit bakinya ke dalam dompet, syiling 50 sennya terjatuh. __________ cuba untuk mengambilnya namun, syilingnya itu telah dipijak oleh seseorang.

“Ei, awak pijak....” _________ mendongak.


(bersambung...)

Tuesday, April 5, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 3

(Tiba-tiba aku rasa kagum dengan skill rakan2ku mengarang.... thumbs up la untuk korang!!... karangan aku tunggang-langgang jer ni... mengarut pulak tu.... wahaha...)

____________________________________________________________

Your’s POV

Setelah melalui pengalaman yang memalukan sebentar tadi di kafeteria, ________ mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke biliknya. Niatnya untuk makan tengahari sebentar tadi telah terbantut kerana mamat tingtong itu.

_________ telah mengeluarkan kunci dari begnya dan bersedia untuk memasukkan kunci ke dalam lubang kunci, belum sempat dia memasukkan kunci, pintu biliknya tiba-tiba terbuka dari dalam.

“Oh, mak aku!” latah ________ sambil mengurut-urut dadanya.

Lisa yang baru saja hendak keluar tadi tergelak kecil.

“Aik, awalnya kau balik. Tak pergi makan ke?” soal Lisa hairan.

“Emm, malaslah. Aku dah tak ada selera nak makan.” jawab _______.

“La, apasal pulak? Selalu kalau pasal makan, kau yang nombor satu. Ni kenapa pulak ni? Muka masam je...” Lisa bertanya prihatin.

“Nantilah aku cerita... aku mengantuk la. Ni kau nak pergi mana pulak ni?” soal _______ sambil menguap.

“Aku nak pergi makan la ni. Lapar pulak tiba-tiba. Oklah, aku pergi dulu.” Lisa memulakan langkahnya.

“Okay.” _________ tidak dapat menahan lagi rasa ngantuknya. Setelah pintu biliknya ditutup, dia terus membuat aksi terjun tiruk di atas katilnya. Isyh, buruk betul perangai!

Baru beberapa minit __________ dibuai mimpi, tiba-tiba lagu Keep Your Head Down dendangan TVXQ kedengaran. Ada panggilan masuk.

“Adoi, siapa pulak yang call ni? Kacau betul la...” _________ melihat skrin telefonnya. Panggilan dari ibunya.

_________ segera bangun dan duduk di tepi katilnya.

“Hello.”

“Hello, assalamualaikum _________. Ibu ni. _________ tengah buat apa tu? Tidur eh?” soal ibunya dapat mengagak.

“Waalaikumussalam. Eh, tak adalah. Tengah... baca nota ni.” ________ menjawab sedikit teragak-agak. Kalau ibunya tahu dia sedang tidur tadi, pasti ibunya akan membebel. Dia tidak sanggup menadah telinga untuk mendengar bebelan ibunya. Tak apalah, bohong sunat! Kata _________ di dalam hati.

“Betul ke? Suara macam orang baru bangun tidur je ni.” soal ibunya masih sangsi.

“Betul. Ibu telefon ni ada apa?” ________ cuba mengubah topik.

“Eh, terlupa pulak ibu. Tadi ibu ada bagi mesej. ________ tak baca ke?”

Baru ________ teringat. Telefonnya berbunyi sebelum dia masuk ke dewan kuliah tadi. Tetapi, ________ terlupa semuanya gara-gara mamat berlagak itu.

“_________ terlupa la ibu. Nak cepat pergi kelas tadi sebab ada test. Sorry ye.” ________ tersengih walaupun sengihannya itu tidak dapat dilihat oleh ibunya.

“Tak apa, ibu faham. Hari Sabtu minggu depan ________ ada plan apa-apa tak?”

“Tak ada. Kenapa ibu?”

“Ibu nak suruh _________ balik rumah sekejap. Ada perkara yang ibu dengan ayah nak bincangkan.” Puan Khatijah menjelaskan.

“Okay, boleh saja.” _________ menurut walaupun di masih tertanya-tanya perkara apa yang mahu dibincangkan oleh ibu dan ayahnya.

Setelah talian dimatikan, _________ meneruskan misinya iaitu tidur. Namun, _________ tidak dapat melelapkan mata kerana otaknya ligat memikirkan kata-kata ibunya.

________________________________________________________________

Hero’s POV

Ashraf menghempaskan begnya ke atas katil kerana terlalu malu dengan apa yang berlaku sebentar tadi di kafeteria.

“Bengang betul la aku! Budak tu saja je nak cari pasal.” kata Ashraf bengang.

“Ala, rilekslah. Kau pun satu, yang kau berebut dengan budak tu kenapa? Macam budak-budak la...” soal Adli.

“Sebenarnya aku pun tak tau kenapa aku buat macam tu, reaksi aku tu spontan la.” Ashraf sendiri bingung dengan tindakannya.

“Kau perasan tak, budak perempuan tulah yang berlanggar dengan kau pagi tadi.”

“Ye ke? Patutlah aku macam pernah nampak je budak tu sebelum ni. Tapi aku tak ingat.” Ashraf berfikir.

“Yelah, kau kan sibuk dengan dadih kau tadi... manalah nak ingat.” Adli tergelak kecil.

“Kau dah mula la tu nak perli-perli aku. Dahlah kau tak tolong aku pun tadi. Kau tolong gelakkan aku adalah, tak guna punya kawan!” balas Ashraf masih bengang.

Adli hanya tersengih lalu terus menuju ke bilik air.


(bersambung....)

Sunday, April 3, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 2

(Aku xde idea sebenarnya, tapi nak update jugak... jadi episod ni masih mengarut jugak... hehehe....)

________________________________________________________________________________

Your’s POV

“Macam mana test tadi? Boleh jawab tak?” Zaqyah bertanya setelah melabuhkan punggungnya di atas kerusi di kafeteria itu.

“Aku dapat jawab sikit jer tadi. Yang lain tu aku tak tahu jawab la. Aku rasa ni mesti pasal aku terhantuk pagi tadi.” jawab ______ sambil memegang kepalanya.

“Hah? Kau terhantuk? Kat mana? Eh, kejap... kejap, apa kena-mengena kau terhantuk dengan kau tak boleh jawab test tadi pulak?” bertubi-tubi soalan yang diajukan Zaqyah.

“Nanti... nanti... aku jawab satu-satu eh? First, pagi tadi dua kali aku terhantuk. Second, mula-mula aku terhantuk kat pintu bilik aku, lepas tu masa aku nak pergi dewan kuliah, aku terhantuk pulak dengan seorang lelaki. Third, mestilah ada kena-mengena. Bila kepala aku dah terhantuk, mestilah otak aku bergegar sikit. Bila dah bergegar, segala ilmu yang melekat kat otak aku semua tercabut tau tak? Sebab tu lah aku tak boleh jawab.....hehehe...” jawab _______ tidak habis-habis dengan loyar buruknya.

Zaqyah mencebikkan bibirnya. “Eleh, cakap jelah yang kau tak boleh jawab. Tak payah nak bagi alasan mengarut macam tu. Kau ni memang betul-betul terhantuk ke atau kau saja reka-reka cerita?” tanya Zaqyah lagi inginkan kepastian.

_________ mengerutkan keningnya. “Betul la, takkan la aku nak tipu pulak. Ni kau tak nampak kepala aku lebam ni?” balas ________ sambil menunjukkan dahinya yang sedikit lebam itu.

Zaqyah memerhatikan seketika dahi ________. “Iye lah, ade bengkak sikit.”

Mereka berdua terdiam seketika.

“Hah! Tadi kau cakap kau ada langgar seorang lelaki kan? Kau terlanggar siapa? Hensem tak? Hensem tak?” Zaqyah tiba-tiba bersuara.

“Eh, yang kau tiba-tiba tergedik-gedik ni apahal pulak? Eiii, geli-geleman la aku...” ________ menggerak-gerakkan badannya menandakan dia geli-geleman.

“Ala, aku tanya... kau langgar siapa? Mana tau dia hensem, boleh aku ngorat...” Zaqyah sudah mula membuat muka gatalnya.

“Eee, tak de maknanya... kalau muka macam dia tu, buat kau sakit jantung adalah. Tengok orang macam nak makan je... tak cukup nasi agaknya kat rumah dia...” balas ________ geram mengingatkan mamat berlagak tadi.

“Isyh, kau ni. Tak baik tau cakap macam tu. Nanti orang yang buat kau sakit jantung tu jadi suami kau, hah... baru kau tau...” kata Zaqyah sengaja mahu menduga ______.

“Kau ni dah kenapa? Ade wayar putus eh? Aku rasa baik kau pergi check la... eh, kau tak nak makan ke? Aku lapar ni, dari pagi lagi tak makan.” balas ________ malas mahu melayan Zaqyah.

“Pandai kau tukar topik kan? Takut la tu... ye lah, jom.” Zaqyah ketawa nakal.

_____________________________________________________________________________________

Hero’s POV

Sedang Ashraf memilih lauk-lauk untuk makan tengaharinya, dia tiba-tiba terpandang dadih kegemarannya di atas kaunter. Ashraf mencuit lengan Adli.

“Li, hari ni ada jual dadih yang aku suka tu la. Tapi tinggal satu je. Kau tunggu sini kejap eh, aku nak pergi ambik.” Ashraf terus menuju ke kaunter.

Baru sahaja dia ingin menghulurkan tangan untuk mengambil dadih itu, tiba-tiba dadih itu disambar oleh orang lain terlebih dahulu. Ashraf terkejut lalu menoleh.

“Hei, dadih tu saya punya la!” kata Ashraf sedikit terjerit.

“Eh, apasal pulak? Ada tulis nama awak ke kat sini? Tak ada pun...” balas ________ sambil membelek-belek dadih tersebut.

“Memanglah tak ada nama saya kat situ, tapi saya yang nampak dulu dadih tu, jadi saya punyalah.” Ashraf tidak mahu mengalah.

“Oh, ye ke? Macam tu ke? Undang-undang mana pulak yang awak pakai ni? Saya tak pernah dengar pun. Ahh, tak de... tak de... saya yang dapat dulu, jadi dadih ni saya yang punya.” kata ________ mempertahankan haknya.

“Saya yang nampak dulu, jadi saya yang punya. Cepat bagi pada saya!” Ashraf cuba untuk merampas namun sempat dielak oleh ________.

“Hei, awak ni tak malu ke bergaduh dengan perempuan pasal dadih ni?” ________ menyoal. Dia merasakan sikap lelaki itu seperti keanak-anakan.

“Ahh, apa saya kisah awak perempuan ke apa ke, yang penting dadih tu saya yang punya.” Ashraf tidak peduli lagi. Dia masih mahu mendapatkan dadih itu.

Tiba-tiba terdengar seseorang berdehem. Ashraf dan _________ menoleh.

“Adik, dadih tu sebenarnya makcik yang punya. Baru sekejap tadi makcik tinggalkan kat situ. Kalau adik berdua ni nak, tu dalam fridge tu ada banyak lagi, adik nak beli sepuluh pun boleh.” kata Makcik Jah, peniaga di kafe itu sambil menunjuk ke arah peti ais. Ashraf dan ________ mengalihkan pandangan mereka pada peti ais. Ashraf merasakan pipinya panas.

Adoi, macam manalah aku boleh tak perasan fridge tu, kalau aku tau tak adalah aku berebut dengan perempuan sengal ni. Ashraf berkata-kata di dalam hati. Dia memerhatikan sekelilingnya, semua mata tertumpu ke arahnya. Mukanya merah menahan malu.

Adli ni pun satu, bukannya nak tolong aku. Boleh pulak dia gelakkan aku kat situ. Siaplah kau Adli bila balik bilik nanti. Ashraf bermonolog lagi. Geram melihat sikap rakannya.

Tanpa memikirkan apa-apa lagi, Ashraf terus meninggalkan kafeteria itu. Dia sudah tidak dapat menahan malunya itu. Adli hanya menuruti langkah Ashraf.

(bersambung...)

Yunho vs. Ashraf........Bab 1

Jarum jam loceng telah menunjukkan pukul 9.30 pagi.

“Alamak, aku dah lambat!!” omel ______ sambil menolak selimut dengan sekuat hati. Bantal-bantalnya yang bertaburan di lantai tidak diendahkan. Dia terus mencapai berus dan ubat gigi sambil berlari menuju ke pintu. Belum sempat _______ membuka pintu....

“Bukk!!” satu hentakan yang kuat mendarat tepat di dahinya.

“Oi _____! Kau okay ke ni? Sorilah, aku tak perasan pun kau ada depan pintu.” Lisa merangkap roommate _______ terus mendapatkan ________ yang sedang memegang kepalanya yang berdenyut akibat hentaman yang kuat tadi.

“Kau ni lain kali tengok-tengoklah dulu kalau nak buka pintu tu, ini tidak... main redah je.”ujar _______ sambil menyeringai menahan sakit.

“Ala, kan aku dah kata sorry tadi. Hah! Kau ni pun satu, yang kau kelam-kabut macam ada fire drill ni kenapa pulak?” soal Lisa sedikit kebingungan.

________ yang sedari tadi menyeringai menahan sakit telah mula melopongkan mulutnya. Lantas, dia bangun meninggalkan roomatenya yang kebingungan itu.

“Apa kena la si ______ ni? Aku tanya tak nak jawab pulak. Hei... macam-macamlah dia ni.” Gerutu Lisa di dalam hati.

____________________________________________________________________________

Beberapa minit kemudian, muncul _______ di muka pintu sambil tuala tersangkut di lehernya.

“Aik! Cepatnya kau mandi?” soal Lisa sambil tangannya ligat menaip mesej. Mesej pakwe la tu!

________ hanya tersengih. “Aku sebenarnya dah lambat ni. Tadi tu aku mandi P.Ramlee je...” masih tak lekang sengihan di bibirnya itu.

“Oh, patutlah kelam-kabut semacam. Rilekslah, kelas kau pukul 10 kan? Sekarang baru pukul 9.40. Awal lagi ni... ” Lisa sudah malas mahu melayan kerenah roomatenya itu.

“Aku bukan ada kelas, tapi aku ada test hari ni. Okaylah, aku pergi dulu...Assalamualaikum!” dalam pada dia mengejar masa, masih sempat lagi dia menenyeh lip balm di bibir. Lisa hanya tergelak kecil melihat perangai rakannya itu.

Belum sampai beberapa saat, pintu biliknya terbuka. _______ muncul di muka pintu sambil tersengih macam kerang expired.

“Eh, apasal kau masuk balik ni?” tanya Lisa kehairanan.

“La, kau tak perasan ke? Aku terlupa pakai tudung la...” jawab ______ masih lagi tersengih.

Berderailah tawa Lisa apabila mendengar jawapan dari mulut _______ itu. ________ lantas mencapai tudungnya yang tersangkut di almari lalu terus menyarungnya.

“Alamak!”

________ yang sedang membetulkan tudungnya terus menoleh. Dia yang sudah mengetahui apa yang berlaku hanya tersenyum sinis.

“Hah, tu lah. Gelakkan aku lagi. Itu mesti kau terlupa nak taip apa kat mesej kau kan? Lain kali gelakkan la aku lagi. Hmph, padan muka kau!” balas _______ puas.

“Eleh, tak pe. Aku boleh tengok balik mesej tadi. Alah...” Lisa mengeluh.

“Hahaha... tu mesti dah ter’delete’ la tu.” kata _______ lagi sengaja mahu menyakitkan hati roommatenya itu.

“Ni semua kau punya pasal lah ni. Buat lawak pagi-pagi buta. Nasib baik terlupa pakai tudung, kalau terlupa pakai baju tadi macam mana?” Lisa terkekeh-kekeh ketawa.

“Isyh, kau ni. Aku terlupa pakai tudung ni pun dah cukup malu tau.” jawab _______ sambil memuncungkan bibirnya.

“Dahlah, aku dah lambat sangat dah ni. Layan kau, sampai Raya tahun depan pun belum tentu habis.” _______ bergegas keluar dari biliknya. Lisa hanya tersengih memandang _______.

______________________________________________________________________________

_______ berlari-lari anak menuju ke dewan utama. Tiba-tiba kedengaran lagu Ring Ding Dong dendangan Shinee bernyanyi riang daripada handphone jenama Nokia 5730 Xpress Music kepunyaannya. _________ sudah terkial-kial mencari handphone di dalam begnya yang penuh dengan barang itu.

“Bukk!!” sekali lagi kepalanya berlaga dengan sesuatu.

“Ya Allah! Apa kena dengan aku ni, asyik langgar benda je dari tadi...” gumam _______ mengenangkan nasibnya yang malang hari ini.

“Benda..?” terdengar satu suara yang garau.

Eh! Oranglah, aku ingatkan tiang tadi. Keras betul badan dia sampai sakit kepala aku ni. ________ bermonolog sendiri.

“Erk..saudara, saya minta maaf la tadi saya tak perasan pun saudara lalu kat sini tadi.” Ujar _______ sambil tangannya pantas mengemas barang-barangnya yang bertaburan di lantai.

Diam. Tiada sebarang respond. _______ mengangkat mukanya. Hampir terlopong mulutnya melihat satu renungan tajam daripada lelaki yang dilanggarnya tadi.

Umang ai... garangnya muka dia ni... seram pulak aku tengok. _______ hanya berkata di dalam hati.

“Sorrylah ye.. saya betul-betul tak perasan tadi.” ________ meminta maaf sekali lagi.

Namun, lelaki tersebut hanya tersenyum sinis lalu terus berlalu pergi.

Eh, mamat ni! Aku dah minta maaf elok-elok, dia buat tak tahu je. Berlagak betul! _______ melihat jam di tangannya. “Uik, dah pukul 9.59 pagi. Ni semua mamat tu punya pasal la ni, kan aku dah lambat. Isyh!” ________ terus berlari-lari anak menuju ke dewan utama.

Hero’s POV

Setelah pasti perempuan yang dilanggarnya tadi itu telah menghilang, dia terus memegang dadanya yang sakit. Adli, rakannya yang perasan perubahan Ashraf itu terus bertanya dengan nada yang amat risau.

“Eh Yap, kau kenapa nie?” tanya Adli sambil memegang lengan Ashraf.

“Sakit siot budak tu langgar tadi. Keras betul la kepala dia.” balas Ashraf sambil tangannya mengurut-urut dada.

“La, tadi aku tengok kau bukan main cool lagi, siap senyum sinis lagi kat budak tu.” kata Adli yang sudah mula tergelak kecil.

“Ala, kau ni. Buat-buat tak tau pulak. Mestilah aku kena control macho depan dia. Takkanlah aku nak tunjuk yang aku sakit depan dia... malu la aku.” balas Ashraf lagi. Sakit di dadanya sudah semakin reda.

Adli sudah tidak dapat menahan tawanya. “Apalah kau ni, baru kena langgar sikit dah tak tahan sakit.” kata Adli. Ketawanya masih belum berhenti.

“Oh, kau ketawakan aku ye... cubalah kau try kena langgar dengan budak tu, baru kau tau sakit ke tak.” balas Ashraf yang sakit hati ditertawakan oleh Adli.

“Takdelah, aku tengok budak tu tak ade apa-apa pun. Kau pulak yang lebih-lebih sakit. Hairan jugak aku, budak tu yang perempuan ke kau ni yang perempuan?” kata Adli sambil cuba untuk menahan tawanya.

“Amboi, mulut kau ni... memang tak ada insurans kan? Sedap-sedap mulut kau je nak kata aku ni perempuan. Eii, nasib baiklah kau ni kawan baik aku, kalau tak dah lama dah penumbuk aku ni singgah kat muka kau.” marah Ashraf sambil menunjukkan penumbuknya di muka Adli.

Adli mengelakkan sedikit mukanya dari penumbuk Ashraf.

“Ala, kau ni. Aku gurau jelah. Janganlah marah. Nanti aku belanja makan aiskrim, nak?” Adli tersengih.

“Kau ingat aku ni budak-budak ke yang kau nak belanja makan aiskrim ni? Lain la kalau kau belanja aku makan McDonalds ke, KFC ke, Kenny Roger’s ke...oklah jugak. Ni nak belanja aku makan aiskrim...” Ashraf mencebikkan bibir.

“Aku tengah sengkek ni, kau nak mintak macam-macam pulak. Tak nak sudahlah...” balas Adli lalu terus berlalu pergi.

“Ek eleh dia ni, tadi bukan main lagi kutuk aku macam perempuan, ni dia pulak yang merajuk macam perempuan.” Ashraf berkata-kata di dalam hati.

“Eh Li, nak pergi mana tu? Tunggulah aku... ala, takkan aku gurau sikit pun dah nak merajuk. Macam perempuan la kau ni...” kata Ashraf sambil terus mengejar Adli.

Ali menghentikan langkahnya lalu menoleh. “La, nak pergi kelas la. Habis tu, takkan nak tercongok jer kat situ sampai malam...” kata Ali lantas meneruskan langkahnya.

“Eh! Ya tak ya lah, aku lupa la pulak.” Ashraf menggaru-garu kepalanya yang memang gatal itu.


(bersambung...)