Sunday, October 2, 2011

Yunho vs. Ashraf........Bab 11

( Rase macam nak tukar je hero die... boleh tak?? hehe...=P )


-----------------------------------------------------


Your's POV


Setelah satu jam setengah memandu, eh...takdelah lama sangat pun, akhirnya sampai juga mereka di rumah tercinta....


"Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak kat rumah... rasa macam dah lama tak balik..." kamu berkata setelah turun dari kereta.


"Abang, tolong bukak but kereta bang..." kata-kata kamu ditujukan pada abang kamu yang masih di dalam kereta. Fahrin hanya menurut.


"Eh, mana pulak beg aku nie??" kamu mencari-cari beg baju kamu.


"Adik cari ape??" Fahrin bertanya pula.


"Beg baju adik, abang perasan tak beg roda warna hitam adik letak kat sini tadi??" kamu menerangkan.


"Mana ade adik letak beg tadi dalam but nie... but kereta ni pun abang tak bukak tadi..." kata Fahrin pula sambil mengerutkan dahi. Kamu juga berkerut seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang sangat serius. Akhirnya kamu menepuk dahi.


"Haahlah, beg baju tadi adik terlupa nak masukkan ... tertinggal kat tepi kerusi..." kamu tersengih-sengih malu setelah menyedari kecuaian kamu. Fahrin tergelak kecil.


"Apalah adik nie, beg baju yang besar macam tu pun boleh tertinggal.... ade barang penting tak dalam tu??" tanya Fahrin.


"Takdelah, semua barang penting ada dalam beg galas nie... dalam tu ada baju kotor je..." jari telunjuk kamu ditunjukkan ke arah beg galas yang kamu sandang. 
Sengihan di bibir kamu masih belum hilang.


"Takpelah, nanti adik call la kawan adik suruh dia bawak masuk bilik..." kata kamu sambil kaki kamu melangkah ke pintu rumah setelah melihat ibu dan nenek kamu keluar. Fahrin menuruti langkah kamu.


"Ibu!!!" kamu mula berlari-lari anak ke arah ibu kamu. Tangan kamu didepakan. Lantas kamu terus memeluk ibu kamu.


"Ehem... ehem..." kamu terdengar seseorang berdehem. Kamu pantas menoleh.


"Peluk siapa tu??" ibu bertanya. Kamu memalingkan muka ke arah orang yang kamu peluk. Muka kamu menjadi merah.


"Nenek...." kamu tersengih-sengih lagi. Malu yang teramat! Fahrin yang berada di belakang kamu sudah gelak terbahak-bahak. Kamu yang tidak dapat menahan malu  terus mencium tangan nenek serta ibu kamu lalu berlari-lari anak menuju ke bilik.


"Ayok, tak tau... adik dah merajuk..." kata ibu kepada Fahrin sambil mengerak-gerakkan jari telunjuknya. Nenek juga turut membuat reaksi tangan yang sama. Eh, nenek dengan ibu kamu pun sengal jugak.


"Ala, bu. Sekejap je merajuk tu... nanti Fa'in pujuk oklah tu..." Fahrin tersengih. Kelakar pula rasanya mengenangkan perangai adiknya arini yang sangat sengal. 


__________________________________________________________


Setelah selesai menunaikan solat Maghrib, kamu mengambil telefon bimbit kamu lalu mencari nama Lisa, roomate kamu. Punat hijau ditekan, namun panggilan kamu tidak bersambut. Kamu mencuba beberapa kali namun tetap juga tidak bersambut. Kamu berputus asa lalu kamu mencari nama Zaqyah pula. Setelah beberapa saat, panggilan kamu disambut.


"Hello..." Zaqyah bersuara.


"Hello, Zack. Kau kat mana nie??" kamu bertanya.


"Aku kat kedai makan. Tengah melantak... apsal?? Kau nak order ke??" tanya Zaqyah selamba.


"Apa kejadah pulak aku nak order, aku kan kat rumeh nie... aku nak mintak tolong kau sikit boleh??" 


"Mintak tolong?? Haa, jap eh... Tolong!! Tolong!! Ok, dah..." Zaqyah membalas.


"Eeee, sengal la kau nie... aku nak mintak tolong nie, kau serius sikit boleh tak??" kamu geram.


"Yelah, aku serius la nie... kau tak nampak ke muka aku serius nie??" tanya Zaqyah walaupun soalan itu merupakan soalan 'kurang pandai'.


"Nampak... nampak... eh..eh, seriusnya muka kau...." kamu pula turut menjadi sengal. 


"Uik, dahsyat la kau boleh nampak muka aku..." Zaqyah hanya melayan.


"Ei, dahlah... weyh, aku nak mintak tolong nie?? " kamu sudah malas mahu melayan.


"Isyh kau nie... dari tadi nak mintak tolong, nak mintak tolong... tapi tak bagitau pun nak mintak tolong ape... haa, aku tau... kau nak mintak tolong aku ushakan Muhammad Yunho eh??" Zaqyah mengekek-ngekek ketawa.


"Tengok tu... merapu lagi..................... eh, usha MY?? Boleh jugak... kau tolong ushakan dia untuk aku eh, nanti kau buat laporan bertulis, aku balik sana nanti kau bagi kat aku..." kamu sudah tersengih-sengih macam orang sewel.


"Eh, dia macam tau-tau la kita sebut pasal dia... dia tengah lalu depan aku nie..... pergh!! macho seyh!!" kata Zaqyah tetapi suaranya diperlahankan sedikit.


"Hah, ye ke?? Kau biar betul..." kamu seakan tidak percaya dengan kata-kata Zaqyah.


"Betul.... baru kejap nie dia lalu depan aku..." kata Zaqyah lagi.


"Betul eh?? Kalau macam tu, kau tak payah buat laporan bertulis la, kau buat laporan secara lisan, sekarang..." kamu berkata seperti seorang bos memberi arahan kepada pekerjanya.


"Baik bos... ape yang kau nak tau??" tanya Zaqyah.


"Dia makan kat mane?? Pakai baju warna ape?? Dia sorang-sorang ke??" kamu sudah terbayang-bayangkan muka MY.


"Dia makan kat tempat biasa la, kedai favourite dia tu... dia pakai baju warna biru belang putih, rambut cacak.... tapi dia tak keseorangan, ade dalam..... 8 orang kot kawan-kawan dia tu..." Zaqyah memberi maklumat secara terperinci.


"Fuyoo!! Ramainye... tak boleh nak ngorat la camtu.... tapi, aku boleh bayangkan kehensemnye!!!" kamu sudah semakin hanyut dalam lautan angau kamu.


"Dia tengah berborak-borak dengan kawan-kawan dia sambil menunggu makanan tiba...." sambung Zaqyah. Kamu yang semakin angau seakan-akan tidak mendengar percakapan Zaqyah.


"Dia order ape?" agak 'kurang pandai' soalan kamu.


"Nasi goreng padkapau..." Zaqyah membalas.


"Eh, macam mana kau tau?" kamu yang tanya kamu yang rasa pelik.


"Aku tak tau... nasi goreng padkapau tu aku yang order..." Zaqyah sudah tergelak-gelak.


"Ceh, sempat lagi kau kenakan aku..." kamu juga tergelak.


"Dah tu, kau yang tanya soalan pelik, aku jawab je lah walaupun aku tak tau..." balas Zaqyah.


"Ala, rugilah aku tak de kat situ...." kamu berkata seperti seorang yang kecewa.


"Rilekslah, kan ade banyak lagi masa kite sem nie... kau ni pun...." Zaqyah menyedapkan hati kamu.


"Ye... baik..." kamu tersenyum.


"Weyh, aku dah habis makan nie, nak balik dah..." Zaqyah memberitahu.


"Oklah, kredit aku pun dah nak abis nie...." kamu tergelak-gelak kecil.


"Ok, bye..." 


"Bye..." talian dimatikan. Kamu masih lagi berangan-angan. Masih terbayang-bayangkan muka MY yang hensem itu. Dalam masa kamu berangan-angan itu, tiba-tiba kamu teringat dengan tujuan sebenar kamu menelefon Zaqyah. Dengan pantas kamu menghantar mesej kepada Zaqyah. Kamu menggaru-garu kepala.


Yelah kan... apasal dari tadi aku tak mesej aje kat dia.... tak pasal-pasal habis kredit aku... isyh3.... MY punya pasal abis semua kerja tak jadi... 


bersambung...


p/s: terlalu jarak pulak satu perenggan dengan perenggan seterusnya, hahaha... aku tak reti nak adjust... pelik betul la blogspot nih....

3 comments:

  1. omaigod!!! omaigod!! ni la yg aku sebut2 bila baca ni...puahahhahaa
    sebab aku duk terbayang kenangan mengusha belang di usm...oh yeah!

    best post hg! sengal sengal ayam gitu...hehehhehe
    aku gelak2 gembira membaca ni...wiehheee~~~

    ^___^

    ReplyDelete
  2. omigot!!!omaigot!!!
    usha MY??seperti kita dulu usha belang,anak pacik maju jaya..
    oh rindu nak makan padkapau dgn kome semua seperti dulu...
    aku rindu dgn post kamu..bila ade update kat dashboard aku sorak gembira!!

    ReplyDelete
  3. hehehe.... cerita berdasarkan pengalamaan... aku pun tersengih2 je time tulis... seronok!!! hihi....

    ReplyDelete