Wednesday, November 14, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 19

(Wah!! Dah lame tak apdet citer nie... oleh kerana saya kebosanan, saya akan cuba mengapdet kembali... muahaha!!!)

Ashraf's POV

"Betul ke ni, umi?? Yap dah tak payah kahwin ke??" tanya Ashraf agak hairan.

"Betul, umi dengan abah dah bincang dah dengan kawan abah kamu tu. Diorang pun setuju perkahwinan nie tak diteruskan. Bila difikirkan balik, ini dah zaman moden. Mana ada lagi kahwin-kahwin paksa nie... jadi, kami pun buatlah keputusan macam tu." terang umi dengan panjang lebar.

"Tapi, umi... bukan ke perkahwinan nie atas wasiat arwah atuk?" tanya Ashraf lagi.

"Umi tau... tapi nak buat macam mana, dah korang berdua tak setuju... takkan nak teruskan jugak... umi tak mahu la rosakkan kebahagiaan kamu berdua nanti.." balas umi sambil tersenyum.

"Lagi satu umi, bila masa pulak abah dengan umi berbincang dengan keluarga diorang tu.... baru semalam umi cakap pasal perkahwinan nie, arini dah tak jadi pulak. Yap musykil la mi..." Ashraf menggaru-garu kepalanya.

"Hehe, magik kan? Baru kamu tau betapa hebatnya kuasa abah dengan umi..." jawab umi sambil mengangkat-angkat keningnya.

Ashraf mula membuat muka pelik. "Umi nie biar betul...." 

"Takdelah... kitorang dah lama dah bincang pasal benda nie, kitorang saja je nak tengok reaksi kamu macam mana bila suruh kahwin paksa macam nie..." umi tergelak-gelak kecil.

"Pulak..." Ashraf membuat muka 'blur'. Tangannya mengaru-garu kepalanya. Bingung..

"Apahal la pulak tergaru-garu kepala tu? Ada bela kutu ke?" tanya umi berseloroh.

"Adui, pelik la abah ngan umi nie... sekejap suruh kahwin, sekejap tak payah kahwin... ape kes nie umi?" Ashraf masih lagi bingung. Berkerut-kerut mukanya.

"Alah, tak payah la pening-pening... sekarang keputusannya Yap tak payah kahwin... habis cerita..." balas umi. 

"Tapi... kalau Yap nak kahwin jugak, ok jer... umi 'on' jer... umi pun dah tak sabar-sabar nak timang cucu..." umi menambah sambil tersengih-sengih.

"Isyh, umi nie... tak mau la Yap... muda-muda lagi dah nak kena jadi laki orang..." Ashraf pantas menjawab. Kepalanya digeleng-gelengkan tanda tidak setuju.

"Hah, tau pun... dah tu ape nak pening-pening? Terima jelah seadanya..." umi berkata lagi.

Ashraf hanya tersenyum senget. Umi pula hanya tersenyum simpul lalu terus berlalu pergi.


"Umi, nak gi mana?" tanya Ashraf.

"Umi nak 'blah' la... part umi dalam scene nie dah abis..." jawab umi selamba.

"Hai, umi nie... dah pandai buat lawak la pulak sekarang nie... cakap la betul-betul umi nak pergi mana?" tanya Ashraf lagi.

Umi tersengih-sengih. "Umi nak pergi dapur la... nak buat air, haus... kenape?"

"Hehe, Yap nak jugak... nak milo ais pastu letak sikit milo tabur kat atas dia... boleh tak umi?" Ashraf meminta 'order'.

"Amboi, ingat nie kedai ke? Nak ade milo tabur bagai..." umi menjawab.

"Ala, boleh la umi... sekali-sekala, bukannya selalu... " Ashraf berkata lagi.

"Boleh, bak sini 50 sen..." kata umi sambil menadah tangan kanannya pada Ashraf.

"Aik, murahnya air kat 'kedai' nie ek? 50 sen je..." Ashraf tergelak kecil.

"Sebab umi tau Yap nie ade 50 sen je dalam poket tu... takpelah, umi bagi free la arini... 50 sen tu buat beli gula-gula eh..." umi tersenyum lalu terus berlalu ke dapur.

Ashraf tergelak melihat telatah uminya. Tangannya meraba-raba poket seluarnya dan mengeluarkan sekeping duit syiling 50 sen. Ashraf cuba mencari lagi di dalam poket yang lain. Tiada apa-apa. Hanya sekeping duit syiling 50 sen itu sahaja.


Uik, bagaimanakah umiku boleh mengetahui tentang duit 50 sen yang berada di dalam poket seluarku ini. Wah! Musykil nie... alamak... seram nihhh!!! 

(bersambung...)

p/s: aiyoo... idea banyak, tapi tak tau nak relate dengan cerita..

Thursday, April 12, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 18

(Post yang agak pelik dan mengarut... layan jelah!!!)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Your's POV


Pagi yang indah seperti biasa... bau nasi lemak yang ibu masak memang sedap... semenjak kamu balik rumah hari sabtu yang lalu, ibu sering memasak nasi lemak sebagai sarapan pagi... namun, semenjak itu juga kamu tidak menjamah sedikit pun nasi lemak yang ibu masak... besok dah nak balik kampus, kalau kamu tak makan nasi lemak ibu hari ini, kempunanlah jawabnya....


"Ai, adik... buat apa kat celah langsir tu... mehla sini makan..." panggil ibu apabila di ternampak kamu terhidu-hidu nasi lemaknya dari celah langsir. Entah macam mana kamu boleh mengintai dari celah langsir pun aku tak tahu.


Kamu berjalan perlahan menuju ke meja. Kamu menceduk nasi ke dalam pinggan. Beberapa minit kemudian, muncul pula ayah, abang dan nenek kamu.


Eh, baru aku teringat... ada nenek rupanya dalam rumah nie... kenapa macam dah lama je tak muncul nenek nie eh? Mana dia pergi?? Hah, aku tau... nie mesti nenek dok ber'facebook' dalam bilik nie... itu pasal la lama tak nampak... 'chatting' dengan pakwe la tu...


"Yang adik termenung nie kenapa? Makanlah nasi tu..." tanya nenek kepadaku.


Eh, nenek ada dialog la... macam tak percaya pulak. 


"Haa, nak makan la nie..." kamu mengambil sambal serta aksesori-aksesori yang lain ke atas pinggan. Nampak sedap betul nasi lemak di depan mata kamu nie... setelah berdoa, kamu mencapai sudu dan sudah bersedia untuk menyuap nasi ke dalam mulut...


"Macam mana dengan keputusan adik? Dah ada jawapan untuk perkara yang kita bincangkan aritu??" ibu bertanya soalan itu secara tiba-tiba. Sudu yang tadinya dalam perjalanan menuju ke mulut kamu, terhenti seketika... macam ada 'traffic light' pulak...


Adoi, benda-benda macam nilah yang membuatkan aku tak dapat nak makan nasi lemak nie... ibu ni pun satu, kenapalah time-time macam nie dia tanya soalan tu...


"Adik setuju ke tak?" tanya ibu lagi.


Kamu memandang muka ahli keluarga kamu yang lain... akhirnya, kamu menggeleng perlahan... "Tak.." kamu menundukkan muka, kamu berasa serba-salah... 


"Ok..." jawab ibu pendek. Kamu seperti tak percaya dengan apa yang kamu dengar. Kamu mengangkat muka dan melihat ke arah ibu kamu. Ibu tersenyum. Kamu memandang pula wajah ahli keluarga kamu yang lain. Semuanya tersenyum memandang kamu.


Apa nie?? Senyum-senyum pulak... diorang nie tengah buat 'candid camera' ke ape? Aritu macam beria-ia suruh aku kahwin... hari ni, macam tak payah kahwin pun takpe... apakah??


"Ok??" tanya kamu.


Ibu mengangguk. "Haah, ok..." jawab ibu.


"Ok??" tanya kamu lagi. 


"Iye... ok..." jawab ibu kamu lagi.


"Ok??" kamu bertanya lagi. Macam radio rosak pulak, ulang-ulang benda yang sama...


"Ya Allah! Budak nie... ibu dah kata ok tu ok jelah..." nenek pulak menyampuk. Nenek pulak yang 'annoying' dengan pertanyaan kamu.


Kamu beralih pandangan pula pada abang kamu... kamu bertanya lagi soalan yang sama... namun, hanya dengan gerak bibir kamu saja... abang kamu hanya tersenyum... 


Air mata kamu mula bergenang... dan akhirnya jatuh juga ke pipi... reaksi wajah abang kamu berubah apabila melihat kamu menangis... dia lantas bangun dari kerusi dan menuju ke arah kamu...


"Laa, apasal nangis pulak nie?? Adik tak payah kahwin la..." pujuk abang kamu. Dia turut menghapuskan air mata kamu menggunakan kedua-dua ibu jarinya. Kamu memandang abang kamu, agak lama... lalu kamu tersenyum dan terus merangkul leher abang kamu yang sedang melutut di hadapan kamu. 


"Abang, adik tak payah kahwin..." kata kamu. Kamu bangun dari kerusi dan melonjak-lonjak kegembiraan. Abang kamu tersengih kembali. Gembira betul budak nie!!


"Yeay!! Adik tak payah kahwin... adik tak payah kahwin..." kamu masih lagi melonjak-lonjak kegembiraan. Rasa macam dapat result SPM 12A pun ada...


"Siapa kata adik tak payah kahwin??" tiba-tiba ayah bersuara.


Pulak... tadi kata ok... tak payah kahwin... adoi, suka la mainkan perasaan orang macam nie...


Kamu memandang ayah kamu... yang lain juga turut memandang ayah kamu...


"Ala, ayah... apa nie?? Tadi ibu cakap ok... apasal ayah pulak ayah cakap macam tu??" tanya kamu dengan nada kesal.


"Iyalah bang... kenapa pulak abang cakap macam tu??" tanya ibu pula. Ibu juga menunjukkan reaksi muka terkejut.


"Betullah apa abang cakap tu... awak nak ke anak awak nie tak kahwin sampai bila-bila?" tanya ayah pula.


"Maksud abang?" ibu masih 'blur'.


"Maksud abang, memang la sekarang nie adik tak payah kahwin... nanti lama-lama kena kahwin jugak... betul tak?" ayah menjelaskan.


Ibu tersenyum. Maknanya dah faham la tu...


"Isyh, ayah ni... buat takut adik je... kalau pasal tu, lama lagi la... nak belajar, cari kerja dulu..." kamu rasa lega kembali.


"Tulah, orang nak bagi kahwin sekarang tak nak... kan dah nak kena tunggu lama... bila la ayah nie nak dapat timang cucu... nak harapkan abang kau nie, entah bilalah nak ade awek..." kata ayah. 


"Aik, saya pulak yang kena? Dah takde orang nak kat saya, yah... nak buat macam mana... ayah tolong la doakan saya nie cepat dapat jodoh..." jawab Fahrin tersengih.


"Eleh, ye ke takde orang nak kat abang? Abang yang memilih kot..." kamu sengaja mengusik abang kamu.


"Kalau ada nenek-nenek yang nak kat abang, takkan abang nak pilih jugak..." jawab Fahrin bergurau. Nenek yang dari tadi diam, terbatuk-batuk.


"Ehem... ehem... nenek-nenek jangan sebut ye...." kata nenek. Pandai bergurau pulak nenek.


"Hehe, jangan marah eh nek... Fa'in gurau je tadi..." Fahrin risau kalau dia menyinggung perasaan neneknya.


"Tak marah pun... saja je..." jawab nenek. Sporting betul la nenek nie...


"Eh, dahlah tu... jomlah sambung makan... sejuk dah nasi nie..." kata ibu.


"Korang makanlah ye... nenek nak masuk bilik dulu... nak main pesbuk..." kata nenek lalu bangun dari kerusi.


"Eh, mak tak nak makan dulu ke?" tanya ibu.


"Aku dah makan dah... tengok tu, dah satu pinggan habis... korang la nie, drama banyak sangat... aku makan dah habis satu pinggan pun tak perasan..." jawab nenek sambil menunjukkan pinggannya yang telah licin. Dia terus berlalu pergi ke biliknya.


Kamu menyiku sedikit tangan abang kamu yang duduk di sebelah kamu.


"Abang, nenek pandai main 'facebook' la bang..." kata kamu seperti berbisik.


"Eh, adik baru tau ke?? Dah lama dah nenek main 'facebook'... dah dapat pakwe agaknye..." jawab Fahrin lalu ketawa kecil.


Fuyoo!! Canggih la nenek aku... pandai main 'facebook'... patutla macam lama tak nampak, rupanya dia dok berkurung dalam bilik main 'facebook'... 


(bersambung...)

Friday, March 9, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 17

Your's POV


Esok hari Isnin.... sepatutnya kamu sudah berada di kampus untuk permulaan minggu yang baru... oleh kerana kamu tidak mempunyai kelas pada esok hari, kamu mengambil keputusan untuk bercuti lagi di rumah... untuk mengisi masa lapang, seperti biasa kamu akan menonton tv... 


"Buat ape tu?" terdengar suara Fahrin menegur kamu.


"Tengah masak..."jawab kamu selamba. Fahrin tergelak kecil.


"Amboi, bergurau..." kata Fahrin. Kamu tersengih.


"Tengok cerita apa tu?" tanya Fahrin lagi. Dia duduk di sebelah kamu yang sedang khusyuk menonton tv itu.


"Cerita ape lagi, cerita korea la..." jawab kamu. Memang itu sajalah channel yang kamu akan buka bila menonton tv.


"Isyh3... asyik-asyik korea... asyik-asyik korea..." kata Fahrin sedikit memerli.


Kamu menjeling sedikit pada abang kamu. "Eleh, abang pun sama... abang pun layan korea jugak kan?" tanya kamu.


"Eh, mana ada... bila masa pulak abang layan korea?" tanya Fahrin kembali. Dia cuba menyembunyikan muka kantoinya.


"Tu ringtone abang tu... bukan lagu SNSD ke?" kamu cuba menunjukkan bukti. Fahrin sedikit terkejut namun dia cuba menyembunyikan riak wajahnya.


"Oh, tu lagu SNSD ke? Mana la abang tau... abang dengar lagu tu macam best je, abang ambik la buat ringtone..." Fahrin cuba lagi mengelak.


"Ye ke? Habis wallpaper kat laptop abang tu gambar SNSD terpampang besor tu... bukan jugak?" kamu cuba menunjukkan bukti lagi.


"Eik, masuk bilik abang tak mintak izin eh?" Fahrin cuba mengalih topik. 


"Dah tu, pintu bilik abang terbukak luas, laptop pun tak tutup... kompemlah adik nampak... apa lagi, adik pun skodeng la laptop abang..." kamu sudah tersengih-sengih. Fahrin bertambah terkejut.


"Ei, memang stalker la adik nie..." kata Fahrin.


"Jadi betul la abang layan korea kan?" tanya kamu sekali lagi.


"Ala, sikit-sikit je... abang tengok Yuna tu cantik la... tu yang minat tu..." Fahrin tersengih gatai.


Kamu rasa sedikit meluat mendengarnya lalu kamu berpura-pura membuat reaksi orang mahu muntah. 


"Apasal pulak tu?" tanya Fahrin setelah melihat reaksi adiknya yang pelik.


"Entahlah bang... tetiba rasa nak termuntah..." jawab kamu. Mata kamu hanya tertumpu pada kaca tv.


"Eleh, jeles la tu Yuna cantik..." Fahrin berkata.


"Eee... tak kuasa teman..." balas kamu dengan loghat Perak. Tangan kamu digerakkan mengikut gaya Usop Wilcha.


"Adik jeles... adik jeles..." Fahrin sengaja mahu menyakat kamu.


Kamu malas mahu melayan abang kamu. Mata kamu tidak beralih dari kaca tv. Hanya mulut kamu saja yang dicemikkan. Fahrin tergelak lagi. Dia turut sama menonton tv bersama kamu.


"Adik dah fikirkan ke pasal perkahwinan tu?" tiba-tiba Fahrin bertanya setelah lama kamu berdua khusyuk menonton tv.


Kamu tidak memberi sebarang reaksi. Kamu masih lagi khusyuk menonton tv. 


"Adik dengar tak abang tanya nie?" tanya Fahrin setelah tidak mendapat apa-apa respon dari kamu.


"Dengar... telinga adik ok lagi..." jawab kamu. Pertanyaan abang kamu itu membuatkan kamu berfikir untuk seketika. 


"Habis, kenapa tak jawab?" tanya Fahrin lagi.


"Abang, mengikut drama-drama yang adik tengok... novel-novel yang adik baca... perkahwinan yang dirancang macam nie mana boleh tak terima... mesti kena setuju punya... kecuali kalau adik atau orang sebelah sana tu takde lagi dalam dunia nie... betul tak, bang?" jawab kamu panjang lebar. Pandangan kamu sekarang beralih pada abang kamu.


Fahrin befikir seketika lalu mengangguk-angguk sedikit. "Hmm, betul jugak adik cakap tu... jadi, adik setuju la dengan perkahwinan nie?" sekali lagi Fahrin bertanya.


Kamu menggeleng.


"Eh, pulak? Tadi kata perkahwinan macam nie mesti kena setuju... nie tak setuju pulak... macam mana adik nie?" Fahrin hairan.


"Ada ke orang yang setuju kalau diorang kena kahwin paksa macam ni, bang?" tanya kamu pula. Muka kamu sedikit serius.


"Ada... orang yang dah gatai nak kahwin... diorang setuju je..." jawab Fahrin sedikit berseloroh.


"Macam abang la kan?" kamu tersengih. Muka serius kamu tadi sekejap je muncul.


Fahrin ketawa. "Last-last abang jugak yang kena eh..." dia mencubit pipi kamu. 


"Adik ok?" tanya Fahrin. Dia merasa kasihan pada adiknya itu.


"Kalau tak ok pun kena buat-buat ok jugak..." jawab kamu mahu tidak mahu.


Fahrin mendekatkan dirinya pada kamu. Dia merangkul bahu kamu dan mendekatkan badan kamu ke dadanya. Kamu hanya menurut dan serta-merta kamu meletakkan kepala kamu ke dada abang kamu. Fahrin mengeratkan lagi pelukannya. Kamu terasa hangatnya pelukan abang kamu. Kamu sangat bersyukur mempunyai abang yang memahami seperti Fahrin.


(bersambung...)


p/s: ade ke orang lelaki minat korea begitu sekali?? hehe...


p/s lagi: mak aku tanya, buat karangan ape tu? panjang taip... aiyooo!! kantoi... tak boleh taip siang-siang la gini... malu... hihi...

Friday, March 2, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 16

(Wah, susah jugak buat fanfic nie ye....)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Your's POV


"Arghhh!!! Kusutnya..." kamu membetulkan rambut kamu yang kusut-masai itu. Tetapi sebenarnya, fikiran kamu lebih kusut dari rambut kamu. Kamu tidak tahu apa yang perlu kamu lakukan tentang perkahwinan yang dirancang oleh ibu dan ayah kamu itu.


"Duduk atas katil lama-lama pun bukan boleh selesai masalah... baik aku pergi keluar jalan-jalan..." kata kamu kepada diri kamu sendiri. Kamu turun dari katil dan bersiap-siap lalu keluar dari bilik.


"Mana pulak semua orang pergi nie?" kamu tercari-cari ahli keluarga kamu yang lain. 


"Eh, takdelah... aku keluar jelah..." kamu terus keluar dari rumah.


"Wah! Lama dah tak jalan-jalan dalam kampung nie..." kamu berkata-kata sambil tersenyum. Kalau ada orang nampak, kompem diorang kata kamu gila.


Walaupun tempat itu dipanggil 'kampung', namun rumah-rumah di situ tidak ada pun yang berbentuk rumah kampung... kalau ada pun, pasti bahagian belakangnya telah ditambah dengan rumah batu.


Sudah agak jauh juga kamu berjalan, segala masalah kamu hilang buat seketika. Kamu melintasi sebuah rumah yang agak besar dan dengan tiba-tiba kamu terdengar bunyi sesuatu yang agak sayup.


"Bunyi apa pulak tu?" tanya kamu di dalam hati. Kamu cuba mencari dari mana datangnya bunyi tersebut. Melihatkan rumah yang agak besar itu, kamu sudah mula berfikir yang bukan-bukan.


"Takkanlah han........ eee, tak mungkin la... rumah nie cantik je, tak nampak berhantu pun..." kamu masih lagi mencari-cari punca bunyi itu. Kamu berjalan perlahan-lahan sehingga ke belakang rumah tersebut. Setelah diamati, bunyi itu seakan bunyi muzik yang dikeluarkan dari seruling. 


Kamu menghampiri pagar belakang rumah tersebut. Kamu meninjau-ninjau halaman rumah itu. Bunyi itu semakin jelas kedengaran. Kamu tiba-tiba terpandangkan seorang lelaki yang sedang duduk di atas wakaf sedang bermain seruling. Tetapi, kamu tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut kerana dia membelakangkan kamu.


"Oh, ada orang main seruling rupanya.... tapi, macam pernah dengar la lagu yang dia main tu..." kata kamu seakan berbisik. Kamu mendengar seketika.


"Hah, nie kan lagu Seribu Tahun, yang si Imran Masturi nyanyi tu...." kata kamu sedikit terjerit. Nasib baik tak didengar oleh lelaki itu.


Kamu terus mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh lelaki itu. Alunan muziknya sangat menenangkan hati kamu. Tidak dinafikan lagu itu pernah menjadi lagu kegemaran kamu suatu ketika dulu. Kamu terasa seperti berada di awang-awangan mendengar alunan muziknya.








Sedang kamu asyik melayan perasaan, tiba-tiba kamu terasa bahu kamu disentuh oleh seseorang. Kamu tidak menoleh kerana bimbang orang jahat yang mahu mengganggu kamu.


Alamak, siapalah pulak nie sentuh-sentuh bahu aku nie... ape nak buat nie? Apa nak buat nie?


Bukk!! Satu tumbukan siku tepat mengenai perut orang itu. Terdengar orang itu mengerang kesakitan. Kamu pantas menoleh. Kamu terkejut.


"Abang!! Abang buat apa kat sini?" kamu bertanya cemas.


"Aduh!! Kuatnya adik tumbuk... sakit tau..." berkerut-kerut muka Fahrin. Dia masih memegang perutnya yang terasa pedih itu.


"Dah tu... main pegang-pegang je... ingatkan orang jahat... adik tumbuk la.... erk, abang ok tak nie?" kamu bertanya lagi.


Fahrin mengangkat ibu jari tanda dia ok. "Adik buat apa kat sini?" Fahrin pula bertanya.


"Adik yang tanya abang dulu soalan tu... jadi, abang jawab dulu... abang buat apa kat sini?" pertanyaan abangnya tidak dijawab.


"Adik la, keluar rumah tak bagitau... ibu dah risau dah kat rumah tu.... tu yang dia suruh abang cari tu... takut adik pengsan lagi..." Fahrin menerangkan. Rasa sakitnya sudah semakin hilang.


"Ooo, tadi adik nak bagitau... tapi adik cari semua orang takde pun... abang pulak sibuk bercakap dengan makwe abang kat telefon..." kata kamu sambil mencemik.


"Eh, pandai-pandai je... bila masa pulak abang cakap kat telefon?" Fahrin sedikit terkejut.


"Hehe... mana ada... saja je nak tengok reaksi abang macam mana..." kata kamu sambil tersengih. Suka melihat muka abang kamu yang terkejut begitu.


"Ei, main-main pulak dia... hah, abang dah jawab... sekarang adik pulak jawab, adik buat apa kat sini?" tanya Fahrin.


"Macam mana abang tau adik ada kat sini?" kamu masih tidak menjawab pertanyaan abang kamu. Sebenarnya kamu sendiri tak tau macam mana nak jawab soalan abang kamu.


"Tadi dari jauh abang nampak macam ada orang terhendap-hendap kat belakang rumah nie... ingatkan orang nak merompak tadi, rupanya adik... adik buat apa kat sini?" tanya Fahrin sekali lagi. Matanya melilau melihat ke dalam kawasan rumah itu. Tiada siapa pun yang dia lihat dalam rumah itu.


"Errr... takde... tadi adik keluar nak jalan-jalan... pastu... pastu adik jumpa... kucing... kucing tu comel sangat.... dia masuk kat dalam rumah nie... pastu adik cari-cari tak de dah dia... mana entah dia pergi...." jawab kamu tergagap-gagap. Fahrin pandang kamu dengan muka pelik.


"Kucing?? Bukan adik tak suka kucing ke?" tanya Fahrin pelik.


Kamu menggaru-garu kepala. "Haah, memang la... haa, abang... jomlah balik... dah petang nie..." ajak kamu lantas menarik tangan abang kamu menuju ke kereta. Fahrin hanya menurut.


Takkanlah aku nak bagitau kat abang yang aku tengah dengar orang tu main seruling... dahlah dengar senyap-senyap pulak tu... nanti abang ingat aku nie stalker pulak... isyh, abaikan jelah.... abang, mintak sori ye sebab adik dah bohong kat abang.....  




(bersambung...)


p/s: eh, ade gambo seketul! 

Thursday, March 1, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 15

(Pendek pulak post yang nie....)

Fahrin's POV

Oh tidak!! Adikku dah sewel... dia tak ingat ke punca dia pengsan tadi sebab dengar pasal perkahwinan tu? Ah, sudah... macam mana pulak aku nak bagitau dia nie...tak pasal-pasal pengsan lagi budak ni...

Fahrin menggaru-garu kepala.

"Adik..." panggil Fahrin perlahan. _____ memandang muka abangnya.

"Kahwin tu... mimpi ngeri ke dik?" tanya Fahrin. 

_____ tergelak kecil. "Abang tak rasa ke kahwin tu satu mimpi ngeri?" soalan yang berbalas soalan.

Fahrin mengangkat bahu. "Entahla... kenapa adik cakap macam tu?" tanya Fahrin lagi.

"Yelah... nanti dah lepas kahwin, kena jadi suami atau isteri pada orang... kalau isteri, nak kena jaga makan minum suami... suami pulak nak kena bagi nafkah pada anak isteri diorang... besar tanggungjawabnya tu..." _____ menerangkan.

"Ooo...macam tu eh? Tak ngeri pun abang dengar..." Fahrin berkata.

"Kalau tak ngeri............. kenapa abang tak kahwin lagi?" tanya _____ sambil tersengih.

Pulak!! Boleh pulak dia tanya soalan cepugangsa kat aku. Ibu dengan ayah suruh dia kahwin. Aku pulak yang kena balik.

"Sebab... abang rasa kahwin tu satu mimpi ngeri la..." Fahrin menjawab dalam nada berseloroh.

_____ tersenyum. 

"Habis kalau mimpi adik tadi tu jadi realiti macam mana?" Fahrin bertanya. Cuba mengelak daripada soalan cepugangsa itu tadi.

_____  tidak menjawab. Senyumannya hilang dan mukanya berubah menjadi serius. Dia seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Tiba-tiba riak wajahnya berubah seperti orang terkejut.

"Abang...... yang tadi tu bukan mimpi.......... perkahwinan tu bukan mimpi kan?" tanya _____ dengan riak wajah yang agak sedih.

Fahrin hanya menggeleng. Sebenarnya Fahrin sendiri tidak bersetuju dengan keputusan ibu dan ayahnya. Oleh kerana perkahwinan itu merupakan wasiat arwah atuknya, dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Tapi kenapa adik yang kena kahwin? Abang pun tak kahwin lagi.... tak aci la macam ni..." walaupun muka _____ kelihatan sedih, masih sempat lagi dia berseloroh.

Eh, budak nie... boleh pulak main aci tak aci.... ingat aku tak nak kahwin ke... dah lama dah bersedia nak kahwin tau.... calon je takde... 

"Adik tau tak kenapa adik yang kena kahwin?" Fahrin bertanya. _____ menggeleng.

"Sebab, orang yang sebelah sana tu lelaki.... kalau perempuan dah lama dah abang rembat..." Fahrin sendiri yang menjawab pertanyaannya. Dia tergelak kecil.

_____ memukul lengan Fahrin. Geram dengan kelakuan abangnya.

"Betul la abang cakap tu..." kata Fahrin.

"Tapi adik tak nak... adik muda lagi... belajar pun tak habis lagi, takkan dah nak kena kahwin..." balas _____ pula.

"Kalau lelaki tu handsome.... adik nak tak? " Fahrin cuba memancing adiknya.

"Hah? Lelaki tu handsome?" ____ berkata sedikit tergamam. 

Ei, adik aku nie... boleh tahan jugak gatalnya... tu tergagap-gagap nak jawab tu, naklah tu...

"Abang dah tengok ke gambar dia?" _____ bertanya. Excited pulak dia.

"Belum lagi... saja je abang tanya macam tu.... tak sangka pulak adik abang nie boleh tahan jugak gatalnya ye..." Fahrin mencubit pipi _____. Muka _____ kembali muram.

"Ala, tadi muka dah ceria dah... senyum la sikit.... nak suruh kahwin je, bukannya nak kena masuk tentera..." Fahrin cuba berseloroh lagi.

_____ tersenyum sedikit. "Iyela.... adik senyum la nie.... " kata _____.

"Dahlah tu... makan bubur nie, dah sejuk nanti tak sedap... abang yang masak ni tau..." kata Fahrin sambil mengambil mangkuk bubur dari dalam dulang.

"Ala, abang tipu.... dah terang-terang ibu yang hantar bubur ni tadi..." kata _____. Suaranya kembali ceria.

"Eh, tak percaya? Cuba rasa dulu..." Fahrin menyuapkan bubur ke mulut adiknya.

"Sedap tak?" tanya Fahrin. _____ mengangguk laju.

"Haa, kalau sedap....... memang bukan abang yang masak..." Fahrin ketawa. Dia memang tak pandai memasak. _____ turut sama ketawa.

Fahrin senang melihat adiknya ceria seperti itu walaupun dia tidak tahu apa isi hati adiknya ketika ini. Dia hanya berharap agar semuanya baik-baik saja.

(bersambung...)

Tuesday, February 28, 2012

Yunho vs. Ashraf........Bab 14

(Aku sebenarnya tak berapa tahu-menahu pasal wasiat2 nie... jadi aku bedal je la ek... hihi)

_______________________________________________

Hero's POV

"Isyh, aku rasa tak logik la kahwin-kahwin paksa nie.... macam dalam drama tau tak..." Ashraf berkata setelah mereka berada di dalam bilik.

"Itulah, aku sebenarnya macam tak percaya abah dengan umi boleh suruh kau kahwin... terkejut jugak aku tadi.." Putera menyatakan perasaannya juga.

"Kau takpelah, bukan kau yang kena kahwin..." Ashraf sedikit kecewa.

"Ala kau nie... janganlah sedih sangat... best ape kau dapat kahwin free sekarang nie..." kata Putera ingin menyedapkan hati Ashraf.

"Hah? Free?? Mana kau tau?" Ashraf sedikit terkejut.

"Bukanlah macam tu... maksud aku kau kahwin, tapi... kau tak perlu keluarkan duit nak buat hantaran semua... betul tak apa aku cakap?" Putera menjelaskan.

"Eh, apasal pulak? Ingat perempuan tu anak ayam ke? Anak ayam pun kena beli pakai duit tau..." Ashraf tidak puas hati.

"Kau ni... inikan perkahwinan yang dirancang umi dengan abah... kalau kau sendiri yang kena keluar duit, mesti kau boleh tolak perkahwinan nie kan? Yelah, kau kan masih belajar lagi... manalah ada duit nak meminang anak dara orang..." Putera menjelaskan lagi.

Ashraf seperti memikirkan sesuatu, " Hmm... betul jugak apa yang kau cakap tu..." Ashraf bersetuju dengan kata-kata Putera. Putera tersengih. (eh, aku tak pernah nampak Putera tersengih..)

"So, ape yang kau nak risau-risau.... kau terima jelah perkahwinan tu..." Putera menyambung.

"Habis kalau perempuan tu tak cantik ke, gemuk ke, ade banyak jerawat ke... macam mana?" Ashraf masih lagi tidak pasti.

"Isyh, kau jangan risau la... aku kompem umi dengan abah mesti pilih yang terbaik untuk kau..." Putera menambah lagi.

"Isyh, aku tak nak la... aku belum bersedia lagi la nak jadi suami orang... " Ashraf tidak yakin.

"Ok, macam ni lah... kau fikir dulu masak-masak perkara nie... kau fikirkan baik buruknya keputusan yang kau nak buat tu..." Putera menepuk-nepuk perlahan bahu Ashraf. Ashraf tidak terkata apa.

"Aku keluar dulu eh..." Putera lantas keluar dari bilik. Ashraf hanya duduk termenung di katilnya.

____________________________________________

Your's POV

Kamu membuka mata kamu perlahan-lahan... agak kabur sedikit pandangan kamu... namun beransur menjadi terang... kelihatan abang kamu duduk di tepi katil.

"Adik!! Adik ok tak nie?" soalan pertama yang diajukan oleh abang kamu. Fahrin mengusap-usap pipi kamu lembut. Kamu hanya tersenyum hambar.

"Adik ok la... adik kan kuat..." kamu berusaha menunjukkan otot di lengan kamu yang kurus cekeding itu.

Fahrin tergelak kecil. "Adik nie buat abang risau tau... apasal boleh sampai pengsan-pengsan nie?" tanya Fahrin lagi risau. Kamu hanya tersenyum. Pintu bilik kamu dibuka dari luar. Muncul ibu dan ayah kamu di muka pintu.

"Adik, dah sedar dah?" ibu bertanya. Di tangannya terdapat dulang berisi segelas air dan bubur.

"Ni, ibu ada masak bubur ni... adik tu dari semalam tak nak makan... perut tu kosong, tengok... kan dah sampai pengsan macam ni..." ibu mula membebel.

"Kejap lagi la adik makan, bu..." kamu menjawab.

"Ayah dengan ibu keluar dulu eh... jangan lupa makan tu..." ibu sempat mengusap-usap kepala kamu sebelum melangkah keluar dari bilik.

"Aik, cepatnya... ibu dengan ayah nak pergi mana?" tanya Fahrin agak hairan.

"Tak de pergi mana-mana... cerita Merlin dah nak start tu... ibu dengan ayah nak pergi tengok... Fa'in jagalah adik tu eh..." jawab ibu sambil tersengih. Ayah hanya tergelak kecil.

Fahrin menggelengkan kepala. Geli hati dengan gelagat ibu dan ayah kamu. 

"Abang..." kamu memanggil Fahrin.

"Kenapa? Adik nak makan eh? Abang suap eh?" soal Fahrin bertubi-tubi.
 
"Abang dah tak marah kat adik?" soal kamu.

"Marah? Bila masa pulak abang marah?" Fahrin pula menyoal.

"Pagi tadi abang buat tak tau je dengan adik..." kamu mengingatkan.

Fahrin tergelak. "Ade eh? Entah, abang tak ingat la pulak..." Fahrin berpura-pura lupa.

Kamu tersenyum, "Terima kasih, abang..." 

"Terima kasih kenapa pulak nie?" Fahrin menyoal lagi.

"Terima kasih sebab risau pasal adik..." kamu berkata.

Fahrin mengusap-usap rambut kamu, "Apelah adik nie, mestilah abang risau pasal adik... adik la satu-satunya adik abang tau..." 

Kamu lantas memeluk abang kamu. "Abang jangan marah adik lagi eh?" pinta kamu.

Fahrin tergelak lagi. "Taklah, abang tak marah adik... abang sayang sangat kat adik..." Fahrin mengusap-usap rambut kamu.

"Abang, abang nak tau tak?" kamu kembali ceria. Pelukan kamu telah dilepaskan.

"Tau apa?" tanya Fahrin ingin tahu.

"Tadi adik mimpi ngeri..." beria-ia kamu bercerita.

"Mimpi?" kamu mengangguk.

"Adik mimpi ibu dengan ayah suruh adik kahwin..." kamu bercerita lagi.

"Kahwin??" 


(bersambung...)

Yunho vs. Ashraf........Bab 13

Your's POV

Selepas makan tengahari, ayah dan ibu menyuruh kamu dan abang kamu berkumpul di ruang tamu... kamu rasa macam ada sesuatu yang serius yang ingin dibincangkan oleh ibu dan ayah kamu... dada kamu tiba-tiba rasa berdebar, rasa nervous macam masa nak test dengan JPJ waktu nak ambik lesen dulu... rasa macam nak tercabut kepala lutut... eh, over pulak nervous kamu nie!!!

"Fahrin, _____.... ayah dan ibu dah buat keputusan..." kata-kata ayah terhenti di situ. Semakin kencang denyutan jantung kamu.

"Keputusan ape, ayah?" Fahrin seperti tidak sabar.

"Ayah dengan ibu dah setuju nak satukan kamu berdua..." ayah meneruskan tetapi kata-kata ayah macam ada yang tak kena.

Ibu menampar lengan ayah. " Ape abang nie? Nak satukan diorang berdua nie buat ape? Diorang nie adik-beradik la..." ibu mengerutkan mukanya. Kamu dan abang kamu memandang satu sama lain. Ape benda yang diorang merepek nie?

Ayah tergelak kecil, "Eh, tersilap... ayah dengan ibu dah setuju nak kahwinkan Fahrin..." kata-kata ayah terhenti lagi kerana lengan ayah telah menerima tamparan sekali lagi dari ibu. 

"Isyh, ape awak ni asyik pukul tangan saya je..." ayah berkata sambil mengurut-urut tangannya.

"Abang la... cakap la betul-betul... tengok muka budak-budak tu dah berkerut semacam je tu..." ibu semakin geram dengan kesilapan ayah. Memang muka kamu dan abang kamu 'blur' habis....

"Eh, salah ke abang cakap tadi? Ok... ayah dah setuju nak kahwin..." 

Papp!! Tamparan yang diterima ayah lebih kuat kali ini.

"...kan _____ dengan anak kawan ayah." ayah menyambung ayatnya sebelum menerima tamparan yang lebih hebat dari ibu. Ayah tersengih-sengih memandang ibu. Ibu pura-pura mencubit lengan ayah. Isyh, diorang nie... dah tua-tua pun masih lagi nak bergurau-senda...

Kamu dan abang kamu masih lagi dengan muka tercengang. Macam gaya seorang murid yang tak paham ape cikgu Fizik dia ajar kat depan... memang kamu berdua tak faham pun ape yang diorang cakapkan tu... 

"Adik, macam mana?" tanya ibu setelah tidak mendapat apa-apa reaksi dari kamu.

"Hah? Macam mana apa?" kamu masih lagi terpinga-pinga.

"Ayah dengan ibu nak kahwinkan kamu dengan anak kawan ayah nie... kamu setuju tak?" ibu menerangkan sekali lagi.

Kamu memandang muka abang kamu dengan muka yang masih tercengang. Tidak lama kemudian, kamu dan abang kamu tergelak-gelak kecil.... lama-kelamaan ketawa kamu dan abang kamu semakin kuat seperti ada sesuatu yang sangat menggelikan hati kamu berdua. Kali ini, ayah dan ibu kamu pula yang buat muka tercengang. 

"Kejap... kejap... ayah dengan ibu nak kahwinkan adik dengan anak kawan ayah?" tanya Fahrin masih lagi dalam tawanya.

"Iyalah..." balas ibu. 

"Adik, pagi tadi ayah kata kita buat drama, sekarang nie ayah pulak yang buat drama..." kata Fahrin pada kamu. Kamu berdua masih lagi bergelak ketawa.

"Ayah nak buat drama ape ni ayah? Nak buat drama Vanilla Coklat macam dalam tv tu eh?" pertanyaan Fahrin ditujukan pada ayahnya pula.

"Mana ade ayah nak buat drama... ayah serius nie..." muka tercengang ayah dah hilang, muncul muka serius pulak. Kamu dan abang kamu yang terlihat muka ayah kamu yang serius itu terus berhenti ketawa. Dengan serta-merta kamu rebah di pangkuan abang kamu.

"Eh, adik!!! Kenapa nie?" Fahrin menepuk-nepuk pipi kamu untuk menyedarkan kamu dari pengsan.

"Ya Allah!! Adik!!" ibu mula kelihatan panik. Ayah juga turut menghampiri kamu.

"Cepat! Angkat dia bawak masuk dalam bilik..." ayah mengarahkan.

____________________________________________

Hero's POV

"Kahwin???" Ashraf begitu terkejut dengan kata-kata abahnya itu.

"Ini sebenarnya wasiat daripada atuk kamu... dia dah pernah berjanji dengan ayah kawan abah nie, nak satukan korang berdua bila dah besar nanti..." abah Ashraf menjelaskan. 

"Wasiat?? Tapi kenapa pulak Ashraf, bah? Kenapa bukan Putera?" Ashraf masih lagi tidak boleh menerima keputusan abahnya. Putera yang duduk di sebelahnya juga masih terkejut.

"Itu abah tak pasti. Tapi dah tertulis dalam wasiat arwah atuk kamu untuk satukan kamu berdua..." abah menjelaskan lagi. Umi hanya membisu.

"Habis, abah dengan umi setuju dengan perkahwinan nie?" soal Ashraf lagi.

"Kami tak boleh nak buat apa-apa... kami terpaksa setuju dengan wasiat arwah atuk kamu nie..." umi pula mencelah.

"Kalau Ashraf tak mahu teruskan perkahwinan nie macam mana?" Ashraf masih lagi tidak puas hati.

Umi dan abah hanya terdiam. "Janganlah macam tu, Yap... arwah atuk kamu tu banyak terhutang budi dengan keluarga sebelah perempuan tu..." jawab abah setelah terdiam seketika.

Ashraf semakin buntu. Dia melangkahkan kaki menuju ke biliknya. Dia harus berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Umi dan abahnya faham dengan perasaan Ashraf. Mereka hanya membiarkan sahaja Ashraf berlalu pergi. Putera mengikuti langkah kembarnya menuju ke bilik. Mungkin dia boleh menenangkan perasaan Ashraf.

(bersambung...)

p/s: oh, takde gambar... bosannya fanfic aku takde gambar... huhu....